Top Komen Oktober 2014 – Review Blog Juara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekejap jer masa berlalu. Rasanya macam semalam baru siarkan artikel yang bertajuk Top Komentator Oktober 2014 Pondok Kecil. Hari ni dah kena tulis pula artikel yang ada perkaitan dengan tajuk sebelum ni.

review blog juara

Oh ya. Korang dah baca belum artikel yang bertajuk Aku Muka Tembok? Kalau belum, sila baca dengan kadar yang segera. Ada kerja sikit yang aku nak minta tolong dari korang semua. Tapi tak ada upah. Percuma aje. Boleh tak macam tu? Tolong secara ikhlas jer. Tak susah kan?

Ok. Hari ni, aku nak berikan hadiah buat juara Top Komen Oktober 2014 sepertimana yang dijanjikan tempoh hari. Satu set review blog menjadi milik Blogger Lelaki dot com.

Jadi, sila baca dengan hati yang gembira. Dan ceria sentiasa.

review blog juara
Blog Blogger Lelaki

Blog Blogger Lelaki aku baru jer kenal. Tak sampai 10 tahun lagi berkenalan dengan blog tersebut. Tapi sayang sangat. Aku dah lupa macam mana aku boleh kenal dengan blog tersebut. Dan macam mana blog itu boleh termasuk dalam senarai blog Feveret yang selalu aku singgah membaca.

Lupa terus detik manis menjalin ikatan silaturahim dengan blog tersebut.

Punyalah susah aku nak jumpa nama pemilik blog tersebut. Tapi mujurlah aku jumpa juga. Nama beliau ialah Saidi Sahari. Kalau salah sila bagitau yer. Beliau ni jenis suka pegang banyak nama manja kot.

Nama manja paling femes ialah Kucha Lana dan Blogger Lelaki. Nama manja yang lain tak femes mana. Haha.

Beliau seorang yang sporting. Aku tengok macam peramah aje orangnya. Baik di Facebook, mahupun blog. Kalau jumpa lepas tu bertentang mata, mesti boleh masuk geng ni. Dan boleh follow rapat-rapat.

Dah. Aku tak nak cakap lebih-lebih pasal tuan punya badan. Kot ada awek yang berkenan susah pulak. Dia ni dah kawin. Tak single available dah. Jadi, sila jangan jatuh hati yer. Haha.

Kelebihan yang dapat aku rasakan. Yang ada di laman blog beliau ialah :

  1. Bukan blog khusus. Kandungan blog yang pelbagai mengelakkan rasa boring dan jemu setiap kali singgah membaca di sini.
  2. Loading blog pun ringan. Setakat 3G punya broadband, singnal satu bar, sudah cukup baik untuk melayari cerita di laman blog ni. Lepas ni nak test pakai line GPRS. Haha.
  3. Latarbelakang cerah jer. Putih dan bersih warnanya. Selesa dengan mata yang merenung.
  4. Alexa rank yang ohsem. Mengalahkan ranking blog Pondok Kecil –> Global – 153,352 ; MY – 946. Tang ni memang buat aku jeles sangat. Haha.
  5. Tidak berserabut dengan iklan, tak ada pop up yang mencemaskan. Dan tak ada CAPTCHA KOD diruangan komen. Paling best, ada ruangan nama dan url.

Penambahbaikan yang aku rasa perlu :

  1. Header tu. Kenapa harus ada dua perkataan Blogger Lelaki? Kalau boleh, pakai yang yang bawah tu jer.
  2. Dekat ruangan “About” cerita lebih sikit la. Nama pun tak ada. Letak nama boleh? Kalau tak boleh tak apa. Aku tak paksa. Haha. Susah nak jumpa nama bro ni. Bila dah jumpa, entah betul entah salah.
  3. Pagerank (PR) kosong. Masih ada masa untuk menaikkan PR blog. Betapa pentingnya status PR untuk sesebuah blog, mesti korang sudah tahu. Jadi, aku malas nak cerita panjang lebar bab ni. Akan tetapi, ada juga blogger yang tak kesah akan keistimewaan memiliki PR ni. Jadi, terpulang la. Kalau rasa penting PR ni, sila ambil tindakan segera. Haha.
  4. Alexa blog dah cun. Lepas ni, jangan malas-malas update blog dan blogwalking. Alexa ni satu benda yang ajaib. Jadi, kena jaga dengan begitu baik sekali.
  5. “LABEL” kat ruangan sidebar tu, aku rasa macam cantik jer kalau dibuang. Dan diletakkan badge ranking alexa. Ping blog ataupun sebagainya lagi yang berkaitan.
  6. Yang lain-lain aku rasa tak ada masalah sangat. Semuanya dah cun dimata aku selaku pelawat setia laman blog tersebut.

Komen yang dinyatakan diatas hanyalah sekadar pandangan mata sahaja. Bab teknikal, aku memang “FAIL”. Jadi, lebih baik aku diamkan sahaja daripada duk cerita benda yang aku sendiri tak tahu akan kebenarannya.

Apa yang aku harapkan, semoga blogger lelaki terus maju dalam setiap aspek kehidupan khasnya dalam dunia blogging. Dan semoga ukhwah yang terbina ini akan terus berpaut erat sampai bila-bila.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

27 thoughts on “Top Komen Oktober 2014 – Review Blog Juara”

  1. Jom terjah Blog Blogger Lelaki. Selalu gak singgah blogger lelaki nie.

    Review dah ada kat atas, so takyahla aku nk bgtau sebab apa aku selalu singgah.

    Rujuk item no.1 dan no.2.

  2. terima kasih bro…lu stalker gua ke apa..hahaha…okey la tu ada beberapa cadangan bro yang perlu aku pertingkatkan lagi…pasal PR tu aku masih belum faham…sebab ada yang kata google dah tak update PR yang terkini..entahlah..kalau ada rezeki dapat la merasa PR1 nanti..lagipun usia blog aku baru 1 tahun 2 bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *