Top Komentator April 2013 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku kalah lagi.

Walaupun jarak pemisah antara aku dan si dia hanya satu nilai sahaja, namun ia sudah tertulis. Si dia lebih kacak dan lebih bergaya dari aku. Aku pasrah dan aku redha. Inilah tamparan yang menguji tahap kesabaran aku. Walaupun kalah ia tetap kalah dengan bergaya. Kalah dengan usaha. Bukan kalah tanpa usaha. Itu namanya pemalas. Haha. Aku sedikit kecewa malam tu. Sampaikan aku terpaksa lempar broadband tersebut. Piissshhhh… Terpelanting jatuh di satu sudut. Padan muka.

top komentator april 2013 pondok kecil

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Ha? Apa cerita ni bro?

Betul ke korang semua nak tahu? Aku cerita, kan korang gelak pula.

Janji jangan gelak yer. Janji… Janji yang korang tak kan fikir aku panas baran yer?

Ceritanya macam ni. Tanggal 30 April 2013. Tepat jam 11 malam. Aku membuka laptop dan mencapai broadband yang terletak di atas meja televisyen. Aku duduk dengan selesanya di hadapan televisyen sambil menonton rancangan Supernatural. Selepas cucuk broadband pada laptop, aku tengok signalnya ok. Empat bar signal untuk Celcom 3G. Alhamdulillah malam ni boleh la buat kerja bersama Pondok Kecil. Macam biasa aku check emel. Ha? Aku agak terkejut kerana dapat tawaran kerja di rumah.

top komentator april 2013 pondok kecil

Aku saje jer buat-buat terkejut. Disebabkan masa yang ada agak terhad, jadi aku abaikan jer emel ni. Untuk kerja di rumah ni, aku ada mintak kerja dengan syarikat freelancer. Kekosongan kerja di syarikat ni aku tahu melalui laman Jobdirumah. Siapa kata duduk di rumah tak ada kerja? Siapa kata duduk kat rumah duit tak masuk? Korang rajin, korang usaha untuk dapatkannya, korang akan berjaya. Satu jer pesan aku nak bagitau. Tak ada manusia yang sanggup menceritakan di mana terdapatnya “lubang duit” kecuali dengan usaha korang sendiri. Kecuali dengan semangat dan sikap kerajinan korang sendiri. Kecuali dengan kegagalan dan pengalaman korang sendiri.

Jadi, aku sediakan jalan yang penuh dengan semak samun untuk korang tebas dan korang buat haluan sendiri supaya korang tahu bukan senang nak senang. Kalau korang rajin, korang ada usaha, korang akan berjaya sampai ke destinasi di mana jalan yang aku tunjukkan itu adalah jalan menuju ke “lubang duit“. Mungkin kejayaan dengan usaha korang sendiri lebih bermakna daripada kejayaan atas pertolongan orang lain.

Jalan yang penuh dengan semak samun menuju ke “lubang duit”.

Ok berbalik kepada sambungan cerita diatas. Aku tengok jam dinding tepat jam 11.45 tengah malam.

“Alamak macam mana aku boleh terleka ni”. Terdetik dihati. Biasa la bila dah ada signal dan line clear macam ni, banyak la kerja online yang perlu aku lakukan. Lagipun bukan selalu dapat peluang macam ni. Tanpa berlengah lagi, aku terus membuka laman blog rakan blogger, Hafiz Mohd. Aku target bulan Mei ini, link Pondok Kecil akan terus bertahta di sidebar blog beliau. Aku tengok komen lelaki kacak dari banting tu sebanyak 33 komen. Komen aku pula sebanyak 31 komen.

“Emm sekejap jer ni nak kalahkan lelaki kacak dari Banting nih”.

Komen di satu, dua artikel, OK!

Komen di artikel seterusnya, KO!

Tunggu punya tunggu loading page, keluar ayat “Connection Error“. Aku refresh balik. Hasilnya tetap sama. “Connection Error“. Emosi aku dah tak stabil apabila melihat jam dinding tepat-tepat jam 12.00 tengah malam.

Aku cuba refresh page sekali lagi. Pun sama hasilnya. “Connection Error“. Cish nak main-main sama aku yer?

Pishhhhhh… Terpelanting jatuh di satu sudut yang agak jauh jaraknya. Padan muka. Aku pun terus shutdown laptop. Begitulah kisah kekalahan aku untuk mengekalkan laman Pondok Kecil di ruangan sidebar blog Hafiz Mohd. Jom tengok siapa yang kena di artikel yang bertajuk 10 Blog Melayu Terbaik Edisi ‘Tepung Kena Ragi’.

Mungkin sebab rancangan Supernatural aku jadi macam tu. Haha. Ok berbalik kepada tajuk pula, juara untuk Top Komentator April 2013 Pondok Kecil jatuh kepada saudara Yusri. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat saudara Yusri kerana sekali lagi kekal berada di kedudukan yang sama. Hehe. Oleh yang demikian, hari ni aku akan bank in sejumlah wang sebagai tanda penghargaan buat saudara Yusri.

top-komentator-april-2013-p

Blog saudara Yusri aku lihat sekarang ni dah ada kemajuan terutama dari segi ranking kekasih hati, Alexa. Semoga semangat beliau untuk bersama blog beliau akan sentiasa utuh dan tak kan pudar sampai bila-bila. InsyaAllah. Buat saudara Yusri, aku doakan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dianugerahkan lagi sepasang KEMBAR LELAKI untuk melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga yang sudah terjalin sekian lama. Hehe. Buat saudara Yusri juga, ” Boh, cer tanya kembar puan demo tuh. Dia nok dop kembar lelaki? Hahaha.”

Tidak lupa juga jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan pembaca blog Pondok Kecil. Dari usia 1 hari sehinggalah usia 100 hari khasnya mereka yang tersenarai dalam top 10 komentator. Terima kasih diatas sokongan anda semua. Tidak lupa juga kepada silent reader, penyalin artikel yang berjaya, dan semuanya yang pernah singgah membaca di blog Pondok Kecil sepanjang bulan April 2013 ini. Diharapkan kehadiran bulan Mei 2013 ini, komitmen korang semua untuk membaca di blog Pondok Kecil semakin menjadi-jadi.

kekasih hati alexa

Terima kasih orang Johor bahru. Haha.

Aku tak mampu untuk berikan tanda penghargaan yang bernilai tinggi. Apa yang aku mampu, sejumlah kecil RM, doa dan sokongan dari aku sebagai pengasas blog Pondok Kecil. Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan pembaca blog Pondok Kecil. Apa yang aku hidangkan, korang makanlah. Andai makanan itu pedas, korang tegur-tegur lah aku. Andai makanan itu tak sedap, korang diam-diam jer lah.

Sebab aku budak baru belajar, Aku budak baru nak cari pengalaman dan ilmu. Kalau hidangan yang aku hidangkan ini sedap, korang bagitau lah rakan-rakan terdekat supaya mereka pun dapat mengecapi keenakan hidangan makanan di sini.

p/s : Artikel ni agak panjang. Inilah tanda kerinduan aku pada korang semua. Aku sibuk kelmarin, hari ni dan mungkin esok juga. Namun aku akan sentiasa mencari ruang untuk lepak di blog korang. Don’t worry babeh!!!

56 thoughts on “Top Komentator April 2013 Pondok Kecil”

  1. Terharu ambe bace citer ni…

    Terima kasih bro PK sbb sudi sokmo singgah kat teratak ambe tu. Siap bagi link kat ambe lagi..terima kasih bro PK.

    Moga2 bulan mei ni naiklah feed blog bro PK kat blog ambe..

    Kesian bb tu kena ‘khepok’… =)

    1. Haha..tu la pasal..siapa suruh buat hal ngn kawe..hahaha..terima kasih juga untuk deme sebab tak jemu2 singgah di blog pondok kecil..hehe

  2. Terima kasih boh…tiada kata secantik bahasa…
    Puteri kembar tu teringin sangat nok adik…kalu dikurniakan anak kembar lagi Alhamdulillah…kawe terima dgn penuh kesyukuran…amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *