Top Komentator April 2014 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Juara Top Komentator April 2014 Pondok Kecil bakal diumumkan hari ini. Dan seperti biasa, aku rasa. Korang semua dah tahu siapakah dia juara untuk top komen bulan April yang lepas. Haha. Tapi tak mengapalah. Aku siarkan juga sebab benda ni dah jadi benda wajib yang perlu disiarkan setiap bulan.

Top Komentator April 2014 Pondok KecilGambar : Google Images

Tanpa berlengah lagi, tanpa ayat berbunga lagi, aku umumkan. Juara Top Komentator April 2014 Pondok Kecil jatuh kepada saudar Suri dari blog Cahaya Cinta dot Com. Haha. Seperti biasa, juara akan mendapat sedikit hadiah sumbangan berupa wang tunai sebanyak … RAHSIA …

Top Komentator April 2014 Pondok KecilJutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat. Walaupun bulan lepas aku jarang online, korang tetap setia singgah di blog Pondok Kecil. Semoga ikatan yang terbina ini akan terus teguh dan kukuh sampai bila-bila pun. InsyaAllah.

Dalam meniti arus kehidupan sebagai seorang blogger, kunjungan korang semua merupakan aspek terpenting yang memberi aku sinar untuk terus bercahaya dalam dunia blogging khasnya. Sedikit sebanyak komen yang korang tinggalkan, mampu mencorek senyuman walaupun dalam keadaan yang agak haru biru. Haha.

Aku tahu. Bukan senang korang nak tinggalkan komen di blog Pondok Kecil. Dan bukan senang juga korang nak lepak lama-lama di halaman Pondok Kecil. Kalau bukan tak ada sebab yang munasabah. Apa sebabnya? Hanya korang sahaja yang tahu apa sebabnya.

Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

50 thoughts on “Top Komentator April 2014 Pondok Kecil”

  1. macam biasa jugaklah..aku kekal di top 5..tak mampu nak kejar suri yg naik kuda lumba..ambe guna kuda padi jer..hehe

    tahniah suri dan semua..mmg power!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *