Top Komentator Disember 2012 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ehh dah masuk tahun baru ke? Mungkin masih ada yang masih terpinga-pinga menyambut kehadiran tahun baru tahun 2013. Begitu juga dengan aku, terasa pantas masa berlalu. Enam bulan dalam dunia blogging terasa seperti semalam baru menceburkan diri. Banyak ilmu blogging yang belum mampu aku kuasai sepenuhnya. Terima kasih pada rakan blogger yang sudi memberi tunjuk ajar sepanjang enam bulan aku bergelar seorang blogger. Korang semua memang baik hati dan tak lokek ilmu. Semoga tuhan permudahkan perjalanan hidup korang semua.

top komentator

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Untuk juara top komentator bulan Disember 2012, pemenangnya adalah saudara Yusri. Berturut-turut saudara Yusri mengungguli carta top 10 komentator Pondok Kecil. Terima kasih aku ucapkan pada saudara Yusri. Walaupun sibuk menguruskan hal persekolahan anak beliau, beliau masih sudi meluangkan masa di halaman pondok kecil. Terima kasih banyak-banyak. Hehe. Untung pondok kecil ada peminat setia macam ni. Aku harap saudara Yusri masih setia untuk bersama pondok kecil walau apa pun yang berlaku.

Kepada saudara Yusri, sila berikan aku maklumat seperti dibawah. Boleh juga klik ruangan hubungi untuk menghantar maklumat tersebut.

Nama :

No Akaun :

Terima kasih juga aku ucapkan pada mereka yang tersenarai dalam list top 10 komentator pondok kecil. Dengan sokongan korang semua sedikit sebanyak membantu aku dalam memperolehi kedudukan yang agak selesa bersama kekasih hati, Alexa. Tanpa sokongan korang semua, blog pondok kecil akan kesunyian dan tak bermaya. Ibarat kata inul, dangdut tak goyang bagai sayur tanpa garam kurang enak, kurang sedap. Haha.

top komentator

Sempena menyambut tahun baru 2013 ni, aku nak ubahsuai sikit tema blog pondok kecil. Mungkin ini akan dilakukan sendiri kerana masalah kewangan untuk mengupah mereka yang pakar dan berpengalaman. Aku bukan nak ubah banyak pun. Cuma nak perkemaskan lagi halaman pondok kecil sepertimana cadangan rakan blogger sempena giveaway aku anjurkan dulu. Kalau korang nak baca apa cadangan mereka, boleh la klik artikel Senarai Peserta Giveaway Pondok Kecil. Dalam artikel ni aku dah masukkan kesemua link peserta dan korang boleh klik jer link tu untuk melihat apakah cadangan mereka semua.

Untuk contest iPhone 5 Gadget Impian, aku juga nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang sudi menyokong pondok kecil dengan mengundi halaman pondokkecil.com/blog. Untuk mereka yang sentiasa memberi kata-kata semangat, aku juga nak ucapkan berbanyak terima kasih. Tak mampu aku membalasnya dan aku doakan blog korang semua makin mantap dalam tahun 2013.

31 thoughts on “Top Komentator Disember 2012 Pondok Kecil”

  1. Terima kasih buat Hafizul owner blog PK ni…penghargaan yang tak ternilai harganya…semoga sentiasa sukses di dalam apa jua bidang yang diceburi…
    Terima kasih juga buat rakan-rakan blogger yang lain di atas ucapan kalian itu…semoga semuanya sukses juga pada tahun 2013 ni…insyaAllah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *