Top Komentator Februari 2013 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Februari baru sahaja meninggalkan kita. Terasa cepat masa berlalu. Tiada peristiwa manis yang berlaku dalam bulan Februari kecuali mendapat komisen daripada program jobdirumah. Terima kasih kepada mereka yang membantu. InsyaAllah segala yang berlaku di bulan Februari akan dijadikan kenangan dan pengalaman berharga. Banyak juga impian dan angan-angan tak dapat dilaksanakan di bulan Februari ni. Kadang-kadang stress jugak la.

top komentator februari 2013 pondok kecil

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Untuk top komentator bulan Februari, pemenangnya adalah saudara Yusri. Berturut-turut saudara Yusri menjadi juara. Terima kasih buat saudara Yusri kerana setia mengomen di blog pondok kecil. Masa yang diluangkan di blog pondok kecil amatlah aku hargai. Terima kasih juga pada mereka berjaya menjadi Top 10 Komentator blog pondok kecil. Sekali lagi aku nak cakap, tanpa sokongan korang semua, pondok kecil tak akan kemana. Tak kan merasa indahnya hidup dalam dunia blogging. Tak kan merasa indahnya menjalinkan silaturahim di alam maya. Tidak dilupakan juga pada silent reader. Terima kasih banyak-banyak.

10 blogger terbaik malaysia

Terima kasih yang tak terhingga pada korang semua.

Macam mana perkembangan perang di Lahad Datu yer? Dua komandor PDRM Malaysia mati. Al-fatihah. Baru aku tahu akan perkara ni. Kebetulan semalam, aku balik kampung. Boleh la update blog sebab 3G di Kampung Felda Tenang tak bermasalah. Untuk mereka yang nak tahu kisah peperangan ni, boleh la pergi ke laman blog rakan blogger. Artikel yang bertajuk Pertempuran Kesultanan Sulu di Lahad Datu sangat menyanyat hati. Entah la. Aku tak pandai nak komen bab-bab politik ni. Confius pun ada kalau masuk bab politik. Baik aku jadi silent reader kalau bab politik.

Rasa takut pun ada bila perkara macam ni berlaku. Selama ni tak pernah lagi rasa takut macam ni. Tak kan sejarah lama berulang kembali. Apa-apa pun, aku doakan semoga Malaysia sentiasa aman dan peperangan ni tak kan berlarutan. Aminnn. Aku rakyat Malaysia ingin hidup dalam keamanan. Ingin hidup dalam negara yang harmoni. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang yang soleh.

p/s : Artikel ni aku taip semalam. Dan malam ni baru publish. Aku harap tak basi lagu di mata rakan pembaca sekalian. Hehe.

55 thoughts on “Top Komentator Februari 2013 Pondok Kecil”

    1. Hehe..saya sekarang mood blogging rasa dah jauh dari jiwa..mungkin kerana dah lama tak update blog, ataupun gagal dalam perancangan blogging..hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *