Top Komentator Januari 2013 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari silih berganti. Bulan berganti bulan. Begitu cepat masa berlalu. Apa yang berlaku di bulan Januari 2013 belum dapat dihitung dengan baik. Melangkah pula ke bulan Februari 2013. Begitulah asam garam perjalanan masa. Masa tidak akan sesekali menunggu kita. Ia akan bergerak dan beredar mengikut aturan sang pencipta. Siapa yang menguasai masa, ia akan berjaya. Sesungguhnya demi masa manusia dalam kerugian.

Kredit : Google

Kenangan dan pengalaman manis pahit di bulan Januari akan menjadi panduan untuk meneruskan kehidupan di bulan Februari ni. Tahun 2013 bukan permulaan tahun yang baik dalam sejarah pondok kecil. Masalah capaian internet membuatkan tahun 2013 tahun yang kurang kacak. Haha. Tanpa capaian internet, pondok kecil tiada apa-apa. You are nothing without me. Nothing. Huhu. Kurang asam betul kata-kata 3G ni.

Bulan Februari ni aku berazam untuk mendapatkan lebih komisen daripada program Affiliate. Setakat ni aku mencuba dua program affiliate. Satunya Jom Niaga dan satu lagi program Jobdirumah. Jom Niaga ni aku tak sempat nak buat kajian lagi. Selok belok nak dapatkan komisen masih belum mencuba lagi. Strategi juga belum dirangka. Bulan Januari yang lepas, aku bagi sikit tumpuan sahaja pada program Jobdirumah. Alhamdulillah berkat doa korang semua, akhirnya aku dapat dua komisen.

Satu komisen bertajuk Jana Pendapatan Dari Jobdirumah dan satu komisen lagi bertajuk Pendapatan Kedua Dari Jobdirumah. Kalau korang rasa berkenan untuk membuat duit sampingan, boleh lah korang baca di artikel diatas. Mana tahu ada yang berkenan nak mencuba. Tak salah kan kalau kita mencuba. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Untuk bulan Januari, ramai rakan blogger yang mendapat komisen dari program ni. Ternyata jobdirumah ni bukan program yang suka menipu. Kalau tak percaya, boleh terjah laman blog lelaki kacak ni. Tak nak terjah blog beliau, korang yang rugi. Haha. Dalam blog beliau ada Awek Pantai Morib. Seronok kalau dapat berkenalan dengan awek ni.

Program affiliate jobdirumah ni, senang sahaja. Aku bagi satu contoh, pancing ikan. Anda ada perkara asas untuk memancing, ada umpan sikit dan pilih la kawasan yang banyak ikan. Paling-paling busuk pun, korang mesti akan dapat seekor ikan. Mesti dapat punya. Begitulah cara membuat duit dari program jobdirumah melalui versi pondok kecil. Ada yang kata blog kena mantap SEO, baru senang nak buat duit. Bagi aku, itu adalah salah satu penyebab daripada berjuta-juta penyebab. Haha.

Untuk bulan Februari ni, aku rasa nak mencuba iklan komli la pulak. Panduan sudah ada. Bagaimana nak daftarkan, boleh rujuk di ruangan artikel yang bertajuk Cara Daftar Komli. Haiya. Bila dikenangkan akan masalah 3G ni, rasa tak keruan jer. Nak rangka strategi macam mana ni kalau kat rumah tak dapat akses internet. Tak kan nak tinggal anak bini malam-malam semata-mata nak puaskan nafsu di cyber cafe. Tak logik aku rasa. Haha. Tak apa la. Semua yang terjadi ni ada hikmahnya. Tut-tut dapat akses Yes 4G.

Untuk juara top komentator bulan Januari 2013, pemenangnya adalah saudara Yusri dari blog muhamadyusri.com. Aku tak tau nak ucap terima kasih macam mana lagi. Berturut-turut beliau menjadi juara top komentator. Apa yang aku harapkan, beliau tidak akan jemu untuk bertandang dan meninggalkan komen diruangan pondok kecil. Buat saudara Yusri, ada sedikit buah tangan sebagai tanda penghargaan dari aku. Buah tangan apa itu? Haha. Rahsia.

top komentator

Pada mereka yang lain, yang berjaya menyelitkan diri dalam senarai top 10 komentator pondok kecil, aku ucapkan ribuan terima kasih. Sesungguhnya tanpa korang semua, pondok kecil tak kan kemana. Macam kata-kata 3G tu la. You are nothing without me. Aku harap korang pun sama dengan saudara Yusri. Tak jemu dan tak boring untuk terus membaca artikel di blog pondok kecil. Walaupun aku tahu pengisiannya di halaman ni tak banyak informasi yang berguna. Sekadar nak gelak ketawa, sekadar nak menghilangkan boring tu, aku rasa boleh lah kot.

p/s : Terima kasih pada mereka yang sudi membaca diruangan pondok kecil termasuk silent reader. Korang memang best. Aku doakan semoga korang semua sentiasa maju dalam kehidupan yang kian mencabar ni. Aminnn.

82 thoughts on “Top Komentator Januari 2013 Pondok Kecil

        1. hafizul Post author

          Unifi tahun bilo auu buleh jeteh ni..kalu buleh jeteh pun, rumoh kawe dop tahu buleh ke dop..duk main lagu tu jah hok provider sebelum ni pun..tgok 3G ni lah..jeteh bereh..kg kawe KO..padahal tak jauh pun dari bandar jeteh..

          Reply
    1. hafizul Post author

      Biasa la bro..bila kesibukan melanda kan…sy pun kurang dah melawat blog rakan blogger..sebabnya banyak masalah sekrang ni..terutama talian internet..huhu

      Reply
    1. hafizul Post author

      Terima kasih pada anynora..sebab bagi markah A+..tak pernah lagi seumur hidup blogging ni dapat A+…hahaha..terima kasih..terima kasih dan terima kasih..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge