Top Komentator Jun 2013 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Jun 2013 meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan dan pengalaman yang indah. Tidak dilupakan juga pada pengalaman pahit dan masam dalam meniti arus kehidupan seharian. Onak duri dan ranjau berbisa sepanjang bulan Jun 2013 telah menjadi sejarah dan garis panduan untuk menempuh bulan Julai yang mana akan menjadi permulaan untuk sebuah kenangan yang baru. Dalam melengkapkan diri untuk menjadi manusia yang sempurna, faktor utama yang perlu di ambil kira adalah kesabaran.

top komentator

Kredit : Selamat datang ke Kampung Jenjarom, Banting

Dalam apa jua dugaan yang hadir menguji, sabar dan redha merupakan penguat dan pemangkin semangat untuk meniti hari esoknya. Dalam kehidupan ini, pelbagai aspek belum lagi dipenuhi dengan baik. Andaikata sumber kewangan telah cukup untuk menguruskan kos kehidupan seharian, mungkin warna-warni kehidupan akan nampak lebih terserlah. Dengan gaya hidup yang agak santai dan paling penting, bekerja dalam suasana yang kita ciptakan sendiri.

Tidak dinafikan sebenarnya, impianย  untuk bekerja di rumah, bekerja dalam suasana yang di impikan, amat susah dan sukar untuk di realisasikan. Itu adalah angan-angan terbesar yang pernah ada dalam hidup ni. Yang pernah bertahan sejak tertubuhnya blog Pondok Kecil. Semasa habis belajar beberapa tahun yang lepas, tanam niat dalam hati untuk mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan. Orang kata, kerja kerajaan ni bagus. Ada cuti, ada pencen, ada kenaikan gaji, ada kos perubatan, ada imbuhan dan sebagainya lagi.

Tetapi, semenjak mengenali dunia blog, angan-angan untuk bekerja dalam sektor kerajaan semakin hari semakin nipis. Ok. Rasanya tak elok kan aku merungut pasal kerja yang ada sekarang ni. Kan? Kerja, susah dan tension tahap cipan pun, itu adalah rezeki kita. Rezeki yang Allah berikan. Selaku hambanya yang lemah, aku sangat bersyukur. Usaha demi usaha untuk mengubah corak pekerjaan ni, itu sememangnya dituntut. Hehe. Ok aku tak nak melarat karang artikel berbaur emosi ni.

Ok berbalik kepada tajuk artikel, Top Komentator Jun 2013 Pondok Kecil.

top komentator

Bulan Jun 2013 juara top komentator blog Pondok Kecil adalah saudari Siti Atikah a.k.a Datin Tyka dari blog sitiatikah dot com. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat beliau kerana sudi membazirkan masa beliau yang sangat berharga itu. Tidak dilupakan juga kepada semua pembaca setia blog Pondok Kecil. Silent reader dan senarai top 10 top komentator semuanya aku ucapkan jutaan terima kasih. Aku begitu terharu dengan komitmen yang korang tunjukkan. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menyokong blog Pondok Kecil dalam dunia blogging yang penuh dengan kejutan ini.

top komentator

Seperti biasa, hadiah untuk Top Komentator Jun 2013 Pondok Kecil berupa satu set review blog dan sedikit hadiah wang tunai sebagai tanda penghargaan. Aku doakan semoga korang semua berjaya dengan gemilang di arena blogging tanahair. Besar sungguh sokongan yang korang berikan. Kuat sungguh kesan yang korang tinggal di halaman blog Pondok Kecil. Bukan sahaja di blog Pondok Kecil, malah dalam hati tuan punya blog sendiri.

Sambutan yang luar biasa ini sekali sekala mampu memberikan aku kebahagian juga. Pernah sekali tu, aku publish artikel. Macam biasa lepas publish artikel, aku akan buat ping artikel dekat google plus, facebook dan twitter. Lepas tu balas komen yang korang tinggalkan untuk artikel lepas. Dalam beberapa jam, artikel yang aku publish tadi, tak mendapat sebarang komen dari pembaca blog Pondok Kecil. Mungkin hari cuti, korang sibuk uruskan kerja lain kan.

Aku dan rasa semacam jer. Aku buat aktiviti blogwalking. Dalam beberapa jam, masih tak dapat satu komen pun.

“Lahh apa yang tak kena ni?”

Serius… Untuk hari tu aku langsung tak bersemangat nak buat kerja. Begitu dalam kesan yang korang tinggalkan di taman hati aku ni. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih juga kerana tak jemu-jemu bertandang meninggalkan komen untuk setiap artikel yang aku siarkan. Kadang kala, aku kalah. Kalah melawan emosi untuk perkara yang remeh temeh macam ni.

Betul lah kata mak aku. Aku ni manja. Manja terlampau.

p/s : Ok. Terima kasih dan selamat membaca.

89 thoughts on “Top Komentator Jun 2013 Pondok Kecil

    1. hafizul Post author

      Wahhh kuasa kuda 5.0..haha..emm terima kasih bro..deme sokmo puji kawe mcm ni..malulah sero..haha…sama jer komen saya ngn en titan dulu kan..di blog bro..ingt tak?menang tipis, kalah tipis..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..ooo dah lama dia ekk buat perangai mcm tu..tak apa lah bro..sekurang2nya saya suka dia gile komen mcm ni..saya dapat untung, dia dapat untung gak..hehe

      Reply
        1. hafizul Post author

          Serius????apa rahsia dia ekkk…patutlah masa en titan wak contest hari tu saya kalah..tak terlawann…ingtkan menang dah..ingtkan boleh duk 1st komen..last2 dia yang tak tahu kat mana sebelum tita, tetiba jadi juara..hahaha

          Reply
    1. hafizul Post author

      Bahahahahahahaha…encik titan memang pandai tengok orang kan?emm lain kali rahsiakan jer…malu lah saya mcm ni..haha..ingtkan orang tak percaya bila saya ckp saya manja…ahahahaha

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hahaha..alah buat2 terkejut la pulak..ada lah..tanda pernghargaan kena menjadi juara..hehe..nanti saya mintak no akaun yer..mungkin beberapa hari lagi baru saya bank-in..tengah tunggu duit masuk..ok?hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..tu lah pasal..mereka ada komitmen yang tiggi untuk maju dalam blog..hehe..apa-apa pun saya bersyukur sangat sebab mereka sangat sporting..hehe..terima kasih bro..

      Reply
  1. Pingback: Review Blog Juara Jun 2013 - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge