Top Komentator November 2013 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekejap jer kan masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dan masuk bulan 12. Pejam celik, pejam celik lagi, dah nak habis tahun 2013. Haha. Rasanya baru semalam menulis artikel berkenaan dengan top komentator Oktober 2013. Hari ni kena tulis lagi artikel yang lebih kurang sama tajuknya. Apa boleh buat kan. Artikel macam ni dah menjadi satu kemestian dalam kehidupan aku bersama blog Pondok Kecil.

top komen november 2013 pondok kecilBetul kan??? Haha

Rasa tak seronok pulak kalau tak tulis artikel perhargaan macam ni. Kan? Seperti biasa, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang selama ini memberi sokongan padu yang tidak ternilai maknanya dalam hidup Pondok Kecil. Tanpa sokongan korang semua, tak kan lama Pondok Kecil boleh bertahan.

Sedikit sebanyak, sokongan yang korang tunjukkan dapat la buat bekal untuk aku lebih bersemangat dalam dunia blogging. Ok. Tanpa berlengah lagi, aku nak umumkan juara top komentator November 2013 Pondok Kecil. Pemenangnya jatuh kepada saudari Suri dari blog Cahaya Cinta. Berturut-turut Suri mengekalkan kedudukannya di tangga pertama top komentator. Entah la. Apa yang istimewanya dengan Pondok Kecil, aku sendiri pun tak pasti.

Sampaikan ada keyword Suri Suka Tanam Bunga masuk ke halaman blog Pondok Kecil. Haha.

top komentator november 2013 pondok kecilSemoga korang semua akan lebih kacak dan cute dalam dunia blogging. InsyaAllah…

Tidak lupa juga kepada silent reader semua. Kepada mereka yang tak senarai dalam list top komentator tu pun aku ucapkan jutaan terima kasih. Aku tak mampu nak berikan apa yang terbaik untuk korang semua. Kecuali secebis doa pengiring kebahagiaan korang semua. Setakat ni, aku hanya mampu berikan hadiah kepada mereka yang bergelar juara sahaja.

Hadiah tersebut tak banyak mana pun. Hanya sedikit sumbangan wang ringgit dan satu set review blog. InsyaAllah andaikata rezeki dari blog menjadi di tahun depan, mungkin aku akan berikan juga kepada naib juara top komen. Hehe.

Akhir sekali, sekali lagi aku ingin ucapkan, terima kasih yang tidak terhingga kepada korang semua. Semoga bulan 12 ni, Pondok Kecil akan lebih meriah dengan kunjungan daripada korang semua selaku orang baru dan orang lama dalam dunia blogging.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

66 thoughts on “Top Komentator November 2013 Pondok Kecil

  1. Irwan Alessa

    perghhh banyak betul komen Kak Suri.. perghh kagum tengok.. well seperti biasa budak hingusan ni tak dapat lagi menempel namanya di blog PK.. hahahaha mungkin selalu terlopeh.. maklumlah ada masalah 🙂
    Irwan Alessa recently posted..Semakin SuramMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge