Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bulan November sudah pun berlalu dengan pelbagai kenangan manis dan pahit untuk kita jadikan iktibar bagi menempuh kehidupan dihari seterusnya. Tahun 2014 juga bakal meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan manis. Juga kenanangan pahit yang sukar untuk dilupakan.

Sudah lumrahnya kehidupan manusia. Yang hidup pasti akan mati. Yang bersama pastinya akan berpisah suatu masa nanti. Begitu juga adat sebuah permainan. Yang kalah sudah semestinya akan melalui detik kekalahan yang sangat mengecewakan.
Rona-rona kehidupan menuntut untuk kita melalui laluan yang berliku. Bersimpang siur dan persimpangan maut. Akan tetapi kehidupan tidak menuntut untuk kita menjadi insan yang lemah. Jauh sekali insan yang mudah longlai langkahnya dek “dugaan manis” kehidupan yang dilalui.
Bersabarlah selalu dalam melayari bahtera kehidupan. Di penghujungnya pasti akan merasa manisnya sebuah keperitan.
Ok. Aku malas nak mengarut sangat hari ni. Aku cuma nak tulis sebuah artikel penghargaan kepada top 10 komentator November 2014. Bulan lepas, orang lain. Bulan ni orang lain pula. Secara logiknya, mereka berlumba-lumba untuk menjadi juara top komen di blog Pondok Kecil.
“Alahhhh… Macam hebat sangat jadi juara top komen Pondok Kecil tu”.
Memang hebat apa. Selain dapat backlink seumur hidup dalam blog Pondok Kecil, mereka juga dihadiahkan satu set review blog secara percuma. Walaupun aku bukan profesional dalam bab review blog ni, tapi aku tahu.
Korang memang puas hati dengan apa yang aku tuliskan tu. Ye tak? Haha.
Ok. Juara top komen untuk bulan November yang lalu jatuh kepada saudari Noriza Rahman dari blog miraclevitaminss dot com. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana berjaya menjadi juaranya.

Tidak dilupakan juga kepada mereka yang tersenarai dalam list top komen tersebut. Kesemua yang terpacak dalam senarai tu merupakan antara pembaca setia yang selalu singgah di laman Pondok Kecil.
Juga kepada mereka yang tidak tersenarai dalam list top komen, aku ucapkan ribuan terima kasih. Tanpa korang semua, sunyilah blog Pondok Kecil. Dan tak mustahil, tanpa sokongan daripada korang semua, aku akan menjadi blogger yang syok keseorangan.
Ohhh seramnya. Haha.
Ok la. Aku agak sibuk hari ni. Hari Jumaat hari cuti. Dan bila cuti, kebiasaannya aku akan terlebih sibuk. Maklum aje la. Nak kemas tu, Nak kemas ni. Nak tebas tu, nak tebas ni. Dan paling penting sekali, hari cuti ialah hari yang berkualiti untuk bersama keluarga tercinta.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
tahniah kepada mereka yang rajin tu…aku boleh nak potong tapi saje nak kasi peluang dkt blogger lain plak jadi top..hahaha
Hahaha..macam baik hati la pulak yer…
samalah ngn ambe..saje kasi peluang…hahhaha
Hamboi…. Kasi peluang yer….baiknya hati korang yer..hahahaha
Terima kasih PK.. Tak sangka blog saya tersenarai sebagai Top Komentator pada bulan November.. 😉
Hehe..terima kasih juga kepada bro sebab sudi singgah mengomen ke sini selalu..
eh ada no sport toto doket situ heee… cun ar
Ha ah..baru perasan..hahaha..menarik tu…
Tahniah kepada semua yang berjaya masuk senarai…bilalah puteri nak tersenarai juga ni 🙂
Mudah je..ada banyak masa free, sila singgah ke sini dan komen selalu..haha
Wahh..rajin betol mereka semua komen kann..
Ha ah..mereka memang rajin..haha..
Tahniah kepada Top Komentator November 😀
Terima kasih Ani…hehe..
bila la nama saya nak naik jadi top 10 komentar pondok kecil ni…..kena rajin komen lagi…hehe
Ha ah..kena rajin komen la itu macam..haha
Eh eh macam kenal ja pemenang tu, tak sangka boleh potong BL 😉
Eleh…buat-buat tak kenal la pulak..hahaha..terima kasih noriza sebab sudi singgah selalu ke sini..
Sama-sama kasih juga..hihi..tak sangka rajin pulak mai duk komen di umah PK ni 😉
cayalah kak nord. .. ^_^
tahniah kepada mereka yang tersenarai..
Hehe..terima kasih bro..
sama-sama bro
selamat berehat semua
rajin2 singgah dan tinggalkan komen
Haha..terima kasih bro..berehat tu, berehat juga..jangan lupa singgah sini selalu..ye?
Tahniah semua yang tersenarai…lepas ni saya kena rajin lagi singgah sini 🙂
Huhu…yup..kena rajin lagi tu..haha..
Boleh buat target ni untuk entry Disember ni. Harapnya tersenarai.. 🙂
haha..harap-harap macam tu la..haha
Insyaallah
Untunglah bagi siapa yang tersenarai.
Kita?
Sibuk dah.
Haha..tak apa bro..saya pun sibuk gak sekarang ni..celah-celah aje la…
nok try utk bulan ni pulok…buleh dok agok2..hihi
Buleh ehhh..bakpo tok leh puloknya..haha
hahaha…sero po buleh jah…