Top Komentator Ogos 2012 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Ogos dan berlalu dengan begitu pantas sekali. Bulan yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Warna-warni dek tempias Ramadhan dan Syawal. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan-Nya dan sekaligus dapat mewarnakan lagi kehidupan dalam dunia blogging. InsyaAllah matlamat pondok kecil, pencapaian bulan September lebih baik dari bulan Ogos. Mana tidaknya, bulan Ogos adalah bulan yang paling mendukacitakan dari segi prestasi dan pencapaian blog. Tak sama macam bulan-bulan sebelumnya.

Bulan Ogos merupakan bulan penurunan ranking Alexa pondok kecil. Bulan Ogos juga menunjukkan penurunan statistik dari segi pelawat dan pageviews. Tapi tak apa lah. Penurunan disebabkan itu aku tak kisah sangat sebab memang salah aku pun tak bagi tumpuan pada pondok kecil. Dari segi kaki komen ada sikit peningkatan. Persaingan yang sihat ditunjukkan dalam merebut takhta untuk berada di halaman pondok kecil. Terima kasih pada semua yang sudi meninggalkan komen di setiap cerita dalam pondok kecil. Tanpa korang semua, siapa lah pondok kecil dalam dunia blogging.

Aku hampir terlupa tentang top komentator ni. Akibatnya aku sedikit kalut dalam mencari siapakah pengomen terbanyak untuk bulan Ogos tu. Akhirnya aku selongkar balik widget top komentator dan setting balik tarikh dia. Dan akhirnya aku jumpa jugak pemenang nya. Pemenangnya adalah blog Hatiputera. Terima kasih yer sebab jadi juara top komentator di pondok kecil. Dan hadiahnya, jeng… jeng… jeng…

Juara Top Komentator Pondok Kecil - Blog Hatiputera

Bulan Ogos juga merupakan bulan pondok kecil di reviewkan. Terima kasih buat saudara Sop. Lama sudah aku tunggu giliran pondok kecil. Alhamdulillah akhirnya dapat juga pondok kecil merasa komen dan cadangan dari saudara Sop. Dapat la aku perbaiki kelemahan yang terdapat di pondok kecil. Cadangan yang saudara Sop cadangkan itu, akan aku ambil serius. Hehe. Gembiranya hati aku, tuhan jer yang tahu.

Memang lumrah kehidupan blogger. Ada pahit, ada manis, ada masam dan ada tawar lembar. Haha. Walaupun ranking Alexa pondok kecil turun, namun aku masih bersyukur. Bersyukur kerana pondok kecil dianugerahkan pagerank 2. Bulan Ogos ini adalah bulan yang penuh dengan suka duka. Hehe.

Namun demikian, aku harus lebih kuat lagi berusaha dan mempelajari selok belok dunia blogging. Agar aku setaraf dengan blog Denaihati. Blog yang banyak mengajar erti kehidupan dalam dunia blogging. Blog yang menepati tagline iaitu hidup untuk memberi. Ini bukan rasuah untuk contest Bonus Raya Aidilfitri 2012. Tapi luahan ikhlas dari seorang anak murid kepada seorang cikgu. Hehe.

p/s : Semoga bulan September ni, Pondok Kecil dapat 10,000 pelawat/hari. Hahaha. Cantik tak??? Tiada kata secantik bahasa.

38 thoughts on “Top Komentator Ogos 2012 Pondok Kecil”

  1. tahniah buat hatiputera.. utk bro pondok kecil smoga brjaya apa yg ditargetkan.. 10 000 uv? msti boleh capai punyerr klu kita brusaha.. blog sy dulu thn 2011, 1 hari dpt 50 uv je dpt pr1, pastu 6bulan jarang update pr jd 0. skrg sy bru nk aktif sikit n dpt pr1 balik dan uv blog sy pun dh brtambah 1k-2k uv sehari. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *