Top Komentator Oktober 2012 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri kali ini diteruskan lagi dengan top komentator pondok kecil untuk bulan Oktober 2012. Rasanya baru semalam mengarang entri Top Komentator September 2012 Pondok Kecil. Tetiba pagi ni kena karang lagi entri top komentator ni. Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar tahun 2012 bakal meninggalkan kita dengan pelbagai kisah suka dan duka. Banyak kenangan pahit manis yang di lalui sepanjang penglibatan dalam arena blogging. Semoga dugaan yang dilalui ini, dan yang bakal dilalui menguatkan lagi semangat aku untuk mengejar impian di halaman pondok kecil.

Dalam dunia blogging, tidak meriah sekiranya tiada hubungan di antara rakan blogger yang lain. Sokongan daripada rakan blogger sekalian, menaikkan lagi semangat aku untuk terus berjaya dalam dunia blogging. Tidak kepada rakan blogger sahaja, kepada pembaca yang setia, yang tidak mempunyai blog, semuanya aku hargai. Sepanjang penglibatan aku dalam arena blogging sehingga sekarang, tidak ada seorang pun dari mereka yang tak mempunyai blog berjaya menjadi top komentator pondok kecil. Adakah blog pondok kecil tidak mendapat perhatian daripada mereka semua? Adakah entri yang terdapat di halaman pondok kecil masih belum buat korang teruja? Adakah plugin top komentator hanya untuk mereka yang mempunyai blog sahaja? Hehe.

Aku akui dan aku cukup-cukup sedar bahawasanya banyak kelemahan yang masih dan perlu aku perbaiki. Dari segi penyampaian sesuatu cerita, dari segi gaya penulisan, dan lain-lainya, semuanya masih belum memberi kepuasan kepada pembaca semua. Namun dari kelemahan yang terdapat di halaman pondok kecil ini, aku tetap bersyukur kerana mempunyai jalingan mesra diantara rakan blogger sekalian. Tak mampu aku membalasnya dengan kata-kata, wang ringgit, hadiah dan berbagai-bagai penghargaan lagi. Aku doakan semoga rakan blogger semua berjaya di dunia dan di akhirat khasnya dalam dunia blogging. Aminnn. Pengalaman itu adalah guru yang sejati.

[fancy_link color=”black” link=”http://www.eizil.com/peraturan-lama-blogging-yang-akan-membunuh-pembaca-bahagian-1/”]Peraturan Lama Blogging yang Akan Membunuh Pembaca – Bahagian 1[/fancy_link]

Sepanjang bulan Oktober yang lalu, kekasih hati Alexa menunjukkan tanda-tanda yang negatif dalam memberi aku inspirasi. Bukan itu sahaja, jumlah bilangan pelawat, halaman yang dilawat, semuanya berada di tahap yang kurang memuaskan. Tak sama dengan bulan September yang lepas yang mana menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Namun semua itu hanyalah perkara biasa dalam arena blogging. InsyaAllah di bulan November ini, akan aku pujuk baik-baik kekasih hati, Alexa. Akan aku jamu elok-elok mereka yang datang melawat. Akan aku hiaskan awek-awek cun dan jejaka-jejaka kacak di halaman pondok kecil untuk menjadi teman berbual korang di halaman pondok kecil. Akan aku adakan tazkirah seminggu sekali untuk santapan rohani korang. Akan aku kongsikan infomasi-infomasi berguna agar korang dapat sedikit ilmu bila berkunjung di halaman pondok kecil.

Aku tahu dan aku sedar. Bukan mudah untuk menepati selera dan citarasa semua makhluk di alam maya. Namun aku akan cuba buat yang terbaik untuk bulan November ini. Memang betul bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Selagi ada sokongan dari rakan blogger sekalian, selagi itulah pondok kecil akan terus bernyawa di arena blogging. Masa yang korang semua laburkan untuk singgah membaca di halaman pondok kecil ini, sangat-sangat di hargai. Aku tak mampu nak balas semua tu. Aku tahu masa itu emas. Lebih bernilai dari emas kerana aku juga seorang pengguna masa. Kadang-kadang aku rasa masa yang diberikan 24 jam sehari tidak mencukupi. Nak melawat rakan blogger, nak kemaskini blog, nak uruskan hal-hal kerja di pejabat lagi, nak bermanja dengan keluarga lagi, semua itu memerlukan pengorbanan masa. Mungkin sedikit perancangan dan pengurusan masa membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Tahniah aku ucapkan kepada saudara Yusri kerana sekali lagi berjaya menjadi top komentator pondok kecil untuk bulan Oktober 2012. Bulan lepas saudara Yusri dah jadi juara. Bulan ni beliau lagi.

” Boh, kawe hargai pengorbanan demo nih. Kawe terharu sangat masa menulis perenggan ni. Kawe dop tahu nak balas lagu mano atas sokongan demo bui ni. Mujur kawe dop layan lagu sedih. Kalu dop basoh doh keyboard kawe ni. Terimo kasih banyok-banyaok bohhh. “

Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka yang sudi bertapak di ruangan top komentator pondok kecil. Semoga korang semua akan dimurahkan rezeki, di permudahkan segala urusan dan juga ceria selalu dalam dunia blogging. Aminnn.

p/s : Semoga bulan November ini aku boleh bagi tumpuan lebih dalam memujuk kekasih hati, Alexa. Ini entri ikhlas dari hati. Hehe.

68 thoughts on “Top Komentator Oktober 2012 Pondok Kecil”

    1. Emm sy semalam kan, cuba jugak nak jadi top komentator di blog bro..tapi hampa..tewas dengan saudara Kid..haha..smp nak tidur pun masih memikirkan kekalahan yang ditanggung tu..hhahahaha…

          1. emm tu la pasal…tapi apa-apa pun seronok jer..sedikit kecewa sebab sebelum tarikh 31 tu, memang sy duk kat atas..tetiba sebelum jam kol 12 semalam kid yang duk kat atas..hahaha…komen punya komen, last2 klah jugak..adoiii…

  1. Bereh boh…dengan entri yang demo buat ni pun tidak terhingga nilainya…kira bonus lah untuk kawe…free backlink tu…bukan senang nak dapat tu…terima kasih boh!

      1. kase sentiasa support demo…sebab demo sporting…setiap komen demo reply..itu maknanya ada interaksi 2 hala…kekadang ada sesetengah blogger langsung tak reply komen yang ditinggalkan…jadi putus angin nak singgah atau nak bagi komen lagi…memang betul, ada komen yg perlu dan tak perlu kita reply…terpulanglah kepada individu itu sendiri…

        satu lagi…demo sekapung dgn kawe dan adik kpd saing rapat kawe maso kecik…hehehehe

        1. Hahaha..hok last tu sedap dengar..kawe senyum jah baco komen nih dan kawe malas nok kato gapo-gapo..nok senyum jah sesenyumnyo….Hahahahaha..terimo kasih bohhh…

              1. salah satu caro nok improve BI keno rajin dengar dan hafal lagu inggeris…
                tapi kalu demo dengar lagu thrash metal mace cromok,infectious maggots,megadeath & etc…sepatoh haram dok faham…huhuhu

                  1. demo pernah dengar dok lagu irama thrash?vokal penyanyi tak keluar dari dalam anak tekak seolah-olah hanya vebrate di dalam tekak.hahaha…dengan bunyi double paddle drumnya lagi…huh!memang havoc!

  2. tahniah kepada yang tersenarai..nak jugak sesekali tersenarai..nanti saya rajin masuk sini komen byk-byk..hehehehe..
    betullah..masa cepat berlalu..dah nak masuk akhir tahun..masa sehari pon tak sempat nak buat byk perkara…hal peribadi, anak, kerja dan juga blog…

    1. emm betul tu mummy..blog ni kalau tinggal sehari, mula la melaram..ada jer yang tak kena..lebih2 lagi alexa..hehe..nanti rajin2 la singgah dan tinggalkan komen yer..mana tahu dapat jdi top komentator nov pula..hehe

        1. emm boleh kalau nak buat entri lawak..tapi sy bukan ada bakat dalam melawak..hehe..nanti la sy akan cuba..kot nanti jadi stress jer org baca..haha..oh my english?ada makna ke tu?hehehe

  3. saya pula sepanjang Oktober 2012 kurang memberi komen walau berkunjung setiap hari ke sini, kekadang berbelas kali sehari sebab seronok membaca komen-komen yang ada.

        1. bende ni macam kat fb gok…update status orang komen/like…post gambar orang komen/like…seronok tengok kalu bilangan komen/like tu banyak…macam diri ini disayangi…hehehe…koya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *