Top Komentator Oktober 2014 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama aku tak tulis cerita tentang top komentator di blog Pondok Kecil. Pada bulan September yang lepas, juara top komen jatuh kepada saudara Yusri. Juara top komen untuk bulan Ogos. Jadi, kebetulan masa tu, aku agak sibuk sampaikan terlupa nak tulis artikel pasal ni.

Dontforget1
Yer la… Yer la… Lepas ni orang tak lupa dah laaa…

Bulan Oktober ni, nampaknya ada orang baru yang berjaya menempatkan diri di laman Pondok Kecil. Ok. Aku straight to the point la yer. Malas nak konar sana, konar sini. Korang pun lebih selesa gamaknya. Haha.

Juara top komen bulan Oktober 2014 jatuh kepada pemilik blog Blogger Lelaki. Jutaan terima kasih kepada beliau kerana rajin singgah ke sini sekaligus berjaya menempatkan nama blogger lelaki ke dalam top 10 komentator Oktober 2014.

top komen 10Sebagaimana yang aku maklumkan beberapa bulan yang lepas, blog baru yang berjaya menjadi juara top komen sahaja yang akan mendapat hadiah. Hadiahnya biasa-biasa aje. Tak ada yang luar biasa pun. Aku akan review blog blogger lelaki dalam masa terdekat ini.

Tidak dilupakan juga kepada mereka yang setia dan tak jemu-jemu bertandang meninggalkan komen di setiap artikel yang dihidangkan. Jasa dan pengorbanan yang korang lakukan itu tak mampu aku membalasnya.

Maklum aje la. Aku sekarang ada sikit LARA dan hilang arah tuju dalam dunia blogging. Banyak perkara yang terjadi semenjak dua ni. Sampaikan aku sendiri hilang mood untuk meneruskan aktiviti blogging sebagaimana selalu.

Entah dimana dan entah bagaimana silapnya. Hari ke hari aku “PUSH” kan diri untuk menulis sebuah artikel. Tapi sayang… Aku hanya mampu melihat screen laptop dan jari jemari kaku seakan dipinta untuk tidak diseksakan.

Semenjak dua ni juga, aku kurang melakukan aktiviti blogwalking. Kalau korang perasan, aku dah lama tak singgah ke blog korang tu, aku minta maaf yer. Macam ni lah adat hidup manusia. Ada ketika rajin berleluasa. Ada kalanya juga, malas bermaharajalela.

Ditambah pula sekarang ni, Johor kalah dengan Pahang. Lagilah tension rasanya.

“Ehhh bro… Ari tu kata penyokong setia Terengganu. Tapi kali ni Johor pulakkkk…”
“Bro, tak salah kan aku nak jadi lalang???”

Ya. Kadang-kadang aku rasa macam nak jadi lalang. Sekali ditiup angin, sekali bergoncang. Kadang-kadang tu juga, aku rasa macam sedap jer hidup tiada pendirian diri.

Haha…

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

40 thoughts on “Top Komentator Oktober 2014 Pondok Kecil”

  1. Jadilah lalang dari sudut positif, walaupun daun mengikut arah tiupan angin, namun akar utuh mencengkan bumi. Apa-apa pun cabaran yang dihadapi, sentiasa berpegang teguh dengan tali Ilahi, inshaa Allah, takkan duka lara lagi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *