Top Komentator September 2012 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Top komentator September akan diumum seketika nanti. Sebelum aku mengumumkan siapakah pemenangnya dan apakah habuan yang akan diterima, korang semua biarkan aku membebel sekejap yer. Biasa la kan bila masuk bulan baru, bulan yang lepas dah menjadi kenangan dan panduan kepada kehidupan di bulan baru ini. Pengalaman di bulan lepas dijadikan panduan untuk meneruskan impian yang terbina, yang masih belum tercapai.

Kejutkan daku pabila September berakhir. Sangat menarik tajuk artikel yang diberikan. Tajuk ini sungguh memberi kesan pada pondok kecil. Tajuk ini juga mengingatkan aku akan sejarah yang berlaku di bulan September. Alhamdulillah sepertimana yang dijanjikan, akhirnya rakan blogger dah pun mendapat habuanya. Pemenang cabutan bertuah dan penulis pendapat terbanyak dalam blog Eizil telah pun diumumkan. Tahniah kepada pemenang. Sungguh besar komitmen yang diberikan. Disebabkan kekangan kerja dan masa yang ada sangat terhad, membuatkan pondok kecil terlepas peluang untuk menang. Hehe. Aku suka hadiah yang Eizil berikan. Bukan wang ringgit tapi ebook tu. Wow!!!

Ni dia ebook yang diberikan

Bila direnung balik, tak banyak yang berlaku sebenarnya di bulan September. Walaupun tak banyak, bulan September boleh membuatkan hati aku senang dan ceria. Antaranya kekasih hati, Alexa dah menunjukkan tanda-tanda kegembiraan bila bersama dengan pondok kecil. Hehe. Masalah bound rate? Emm malas nak fikir.

Semoga bulan September ni, Pondok Kecil dapat 10,000 pelawat/hari. Hahaha. Cantik tak???

Korang semua ingat lagi tak akan angan-angan aku seperti ayat di atas tu? Terima kasih kepada mereka yang sudi tinggalkan komen positif untuk ayat di atas tu. Namun semua itu hanyalah angan-angan Mat Jenin sahaja. Bukan dapat 10,000 pelawat/hari, tapi bila dipukul rata, sekitar 100-200 orang pelawat/hari sahaja. Hahahahahaha. Menyampah betul kan aku ni. Ishhhh.

Ok sekarang diumumkan juara top komentator bulan September 2012. Pemenangnya adalah saudara Yusri pemilik blog muhamadyusri dot com. Sudah ada pembaharuan dalam blog Yusri ni. Antaranya beliau telah menukar themes dan telah berjaya membuat Sitemap. Untuk hadiah kali ini, tiada lagi review blog diberikan, tapi akan diganti dengan pemberian ikhlas Kaspersky Internet Security 2013 bersama lesen setahun. Harap saudara Yusri suka dengan pemberian ikhlas aku ni. Disebabkab beliau dah dua kali menang top komentator, sedikit sebanyak telah membuat aku perasan yang aku dah mempunyai pembaca setia. Hahahahaha. Perasan lebih sudah.

Terima kasih semua yang sudi melawat dan meninggal komen di setiap entri pondok kecil.

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada korang semua termasuk silent reader. Aku tahu blog aku ni ada yang korang suka baca tapi segan nak tinggalkan komen. Aku tak kisah pun janji korang happy. Tanpa sokongan korang semua, pondok kecil tak kan berada di tahap sekarang ini. Terima kasih banyak-banyak. Bulan Oktober ni, kita tengok siapa pula yang kena. Hehe.

p/s : Terima kasih sekali lagi aku ucapkan pada mereka yang sudi singgah dan membaca entri di halaman pondok kecil ini.

48 thoughts on “Top Komentator September 2012 Pondok Kecil

    1. hafizul Post author

      Terima kasih saudara eizil diatas nasihat tu…sedikit sebanyak memberi sy semngat untuk teurs berusah dengan lebih kuat lagi di bulan oktober ni..hehe

      Reply
      1. hafizul Post author

        biasa la bro..orang sibuk..ke pulau la, ainan tasneen la..mikael la..banyak komitmen nak kena bg tumpuan..hehe..jgn mrh En. Titan..sy bergurau ajer…datang Jerteh, sy belanja cendol..mungkin tak sama ngn cendol banting..hehe

        Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..biasa la bro..kalau fulltime blogger tak apa..ni kita ada komitmen lain yang penting lagi..terpaksa dahulu la yg penting tu..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge