Galleries

Eyriqazz vs Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Antara kelebihan apabila kita membuat blog walking selain daripada untuk mendapatkan traffic adalah untuk mengetahui contest yang berlangsung. Aku ni dikira rajin la jugak membuat blog walking. Time free ok jer. Time sibuk, jangan harap la. Hehe. Dalam masa melawat blog rakan blogger, aku tertarik dengan satu artikel ni. Eyriqazz vs Denaihati by Hatiputera.

Ape cerita tajuk contest macam ni? Eyriqazz nak mencabar Denaihati ke? Hehe. Bukan cabaran untuk Denaihati ni. Tapi cabaran untuk menguji skill SEO setiap rakan blogger. Contest Lelaki Kacak anjuran Titan masih hangat-hangat lagi. Ni timbul pula contest Eyriqazz vs Denaihati.

Siapa Denaihati di Hati Eyriqazz

Sejujurnya aku belum lagi mengenali siapa tuan punya blog Eyriqazz. Aku pun baru semalam terjah blog Eyriqazz. Tu pun disebabkan aku terbaca entri yang dihasilkan oleh rakan blogger – Hatiputera yang menyertai contest Eyriqazz vs Denaihati. Dari pandangan mata kasar aku, selepas melawat blog Eyriqazz ni, ternyatala blog ini bukan calang-calang blog. Tapi blog yang mempunyai ranking terbaik di hati google. Dengar khabar blog Eyriqazz ni rakan strategik Syarikat Nuffnang.

Blog Denaihati adalah sifu kepada setiap kejayaan blog Eyriqazz. Untung badan kan kalau dapat berguru dengan Denaihati. Banyak juga kejayaan yang ditempa oleh Eyriqazz. Nak tengok? Jom klik kat sini.

Keterampilan Blog Eyriqazz vs Denaihati

Dari segi keterampilan pula, aku rasa blog denaihati lebih terserlah. Wahh lepas ni berkemungkinan blog Eyriqazz pun tip top macam blog Denaihati jugak ler. Denaihati bagi tawaran tu untuk design template blog Eyriqazz. Untung badan dapat sponsor macam ni. Hehe. Denaihati, Pondok Kecil tak ada ke tawaran macam tu? Hehe. Gurau jer.

Kelebihan Eyriqazz dan Denaihati

Aku rasa banyak kelebihan yang terdapat dalam kedua-dua blog ini. Maklumla kan bila blog dah terkenal di hati google, mesti banyak kelebihannya. Antaranya traffic, backlink, skil SEO dan sebagainya. Tapi aku tak layak untuk membuat perbandingan semua itu. Cuma yang aku berani katakan, entri kedua-dua blog ni memang best. Seperti makan goreng pisang dengan ABC. Fuhh panas-panas ni, memang terbaik la pekena makanan ni.

Lebih 4 bulan aku mengenali blog Denaihati. Dan setiap kali singgah di Blog Denaihati, pasti aku akan cari artikel berkaitan dengan tips untuk memajukan Pondok Kecil. Persamaan kedua-dua blog ni, mereka suka travel. Kalau Denaihati banyak ke luar negara. Eyriqazz pula banyak dalam negara. Semuanya menceritakan tentang suasana dan perbezaan yang terdapat di negara yang mereka lawati. Dan yang penting, mereka abadikan penceritaan mereka dalam blog masing-masing agar menjadi panduan kepada mereka yang memerlukan.

p/s : Jom sertai contest ni sebelum 31 Ogos 2012. Mana tahu korang dapat skill SEO lepas ni. Hehe.

Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com, Azri.my, Blogr.my, ziefauzi.com, Shakiddo.com, ZarulUmbrella.Com, Hatiputera.com, Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com, BloggerSentral.com, Mysuperkids.net, Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com, http://kgbalimbang.blogspot.com, Ciktom.Com, Muhasabahtrading.Com, Bluedianthus.Com dan PanduanServisBlog.Com, faizalpj.comdanSyaisya.com

Betul Jugak Cerita Dalam Entri Denaihati Tu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman melihat suasana pembelajaran murid di sekolah adalah satu pengalaman yang penuh bermakna. Melihat suka dan tawa anak-anak dalam pembelajaran amatlah membawa seribu kemanisan dan mengukir sedikit senyuman di wajah aku. Melihat tingkah laku mereka yang tidak logik tu, sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa beginilah keadaaan aku sewaktu bergelar murid sekolah rendah beberapa tahun yang lepas.

Sumber : Google

Perangai murid sekarang ni dah tak sama seperti zaman aku dahulu. Sekarang tiada lagi batas pertuturan diantara murid dengan cikgu. Tiada langsung penghormatan yang diberikan. Ntah la zaman anak aku nanti macam mana pula. Tapi tak semua murid berperangai macam tu. Ada juga yang bagus-bagus. Hehe.

“Selamat pagi Cikgu”

Sewaktu aku melaporkan diri ke sekolah minggu lepas, aku terkejut bila sorang murid tu panggil aku cikgu. Haha. Aku dengan selamba senyum jer. Tak leh bayang macam mana perasaan hari tu. First time dipanggil cikgu. Memang seronok sangat. Rasa cam nak jadi cikgu jer. Hehe.

Sumber : Google

Beberapa jam aku berada di makmal komputer sekolah memerhatikan tingkah laku cikgu dan murid, tetiba aku teringat akan entri yang pernah aku baca di blog Denaihati.

[heading style=”1″]Pelajaran Percuma Baguskah Untuk Generasi Masa Depan[/heading]

Dari pandangan aku, aku bersetuju dengan entri ni. Tak tau la silap kat mana, salah siapa, dan bagaimana ia terjadi aku pun tak pasti. Yang aku tahu, sistem pendidikan sekarang ni tak nampak kearah melahirkan insan yang berpendidikan tinggi.

Sumber : Google

p/s : Apa korang rasa tentang pendidikan di Malaysia hari ini?

Alhamdulillah – Syukur Ya Allah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap di antara kita memang mengharapkan kesenangan dalam hidup. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengubah corak kehidupan yang kian mencabar. Hari ke hari hidup sentiasa di uji dengan kesempitan. Kesempitan wang ringgit, kesempitan kasih sayang, kesempitan perhatian dan pelbagai kesempitan lagi.

[heading style=”1″]Tips menjadi Jutawan[/heading]

Namun semua itu hanyalah satu coretan yang akan kita coretkan di dalam diari kehidupan kita. Walau apa cara sekali pun yang kita lakukan untuk mendapat kebahagiaan dan kesenangan hidup, kita tidak boleh lari dari memohon pertolongan dari Allah S.W.T. Senantiasalah memohon pertolongan dari Nya.

Sumber : Google

Alhamdullillah masalah aku berkaitan dengan tawaran kerja telah selesai. Sekarang hati aku rasa bahagia dan tidak lagi memikirkan tentang kerja baru tu. InsyaAllah, aku mahu mengubah corak kehidupan kerja aku. Aku tak nak kerja sebagai kuli lagi. Aku tak nak kerja dibawah tekanan orang atasan lagi. Aku tak nak buat kerja yang sama sepanjang hidup aku dan aku mahu jadi BOS.

[heading style=”1″]Freelancers[/heading]

Untuk mencapai matlamat ke arah itu, aku tahu tak ada sesiapa yang mampu menolong aku. Hanya usaha dan mohon pertolongan dariNya. Aku percaya dan aku sangat-sangat percaya. Lebih mudah memohon pertolongan dari Allah daripada memohon pertolongan sesama kita.

Perumpamaan Part 4

” Paku Dulang Paku Serpih,
Kata Orang Dia Yang Lebih “

Sumber : Google

Maksud : Sibuk menegur salah dan silap orang, tapi diri sendiri banyak yang tak betul.

Contoh Ayat : Kau ni Samad, semua menda aku buat tak kena. Apa yang kau buat tu dah perfect ke? Woi cermin la diri sendiri tu dulu. Cish paku dulang paku serpih, kata aku tapi kau yang lebih-lebih.

Sumber : Google

Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Last Part

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buntu fikiran untuk mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara adalah satu cabang dugaan dalam setiap kehidupan. Andai tersalah buat pilihan, diri sendiri jua yang akan merasa. Bebanan yang ditanggung berkemungkinan besar sukar untuk dilepaskan begitu sahaja. Syukur aku diberi dugaan sebegini kerana pengalaman adalah satu nilai yang amat bermakna.

Sumber : Google

Setelah beberapa hari aku memikirkannya, aku telah membuat keputusan dan keputusan yang aku buat ni insyaAllah tidak akan mengecewakan hidup aku dan tidak ada penyesalan yang akan berlaku. Apa-apa pun yang akan terjadi lepas ni, aku redha sahaja. Kerana aku hanya mampu merancang dan tuhan yang akan menentukan. Untuk mendapat keputusan ni, aku telah membuat sedikit perbandingan. Hasilnya seperti dibawah:-

Perbandingan Kerja Lama Vs Kerja Baru

Aku telah memilih untuk kerja ditempat lama. Ntah kenapa aku buat keputusan macam ni. Hehe. Maybe aku pilih kerja lama sebab aku suka dengan suasana kerja kot. Bebas dan tidak terikat sangat. Aku tak suka kerja yang terikat melainkan kerja tu berstatuskan tetap dan aku tengah menganggur. Hehe.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka yang telah sama-sama bagi pendapat dan cadangan. Tidak terlupa juga rakan blogger. Terima kasih banyak-banyak. Korang memang terbaik lah. Tidak sia-sia aku ada rakan blogger. Tuhan sahaja mampu membalas jasa korang semua. Terima kasih. Aku sangat-sangat terharu.

Terima Kasih Kepada Mereka Yang Membantu

p/s : Apa pendapat korang?