Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari yang lepas aku dah cerita tentang sambutan hari jadi. Hari ni nak cerita pulak berkenaan dengan sambutan hari ulangtahun perkahwinan. Bulan tiga setiap tahun memang perbelanjaan main kasar sikit daripada bulan-bulan sebelumnya. Masa ni kena pergi kenduri. Masa ni nak sambut hari jadi. Masa ni nak sambut ulangtahun perkahwinan. Tapi tak kisah la kan. Diri sendiri yang tentukan. Kalau betul-betul nak berjimat cermat, tak yah raikan hari-hari tersebut pun ok juga.

ulangtahun perkahwinanSebagai kenang-kenangan dan menambah koleksi gambar dalam kehidupan, aku rasa memang wajar sekiranya meraikan hari bersejarah ni. Mungkin pandangan rakan pembaca semua tak sama dengan pandangan aku. Tahun ini merupakan tahun ketiga aku menyambut ulangtahun perkahwinan. Bagi mereka yang bergelar isteri, tarikh keramat ni sememangnya di tunggu-tunggu. Mungkin ada yang dapat hadiah kejutan. Bergantung pada cara sambutan masing-masing. Aku harap korang semua bahagia dengan pilihan hati masing-masing.

Siapa tak gembira menyambut hari ulangtahun perkahwinan?

Aku rasa korang patut gembira apabila menyambut hari bertuah macam ni. Banyak kelebihan yang boleh diambil daripada sambutan ulangtahun perkahwinan ni. Antaranya:-

  1. Tanda penghargaan buat suami dan isteri. Sekurang-kurang ada ayat “Anje, terima kasih atas pengorbanan anje selama ni. Baby sayang anje sangat-sangat”
  2. Menghitung usia perkahwinan disamping dapat memperbaiki kelemahan masing-masing. Tahun lepas anje masak sedap. Tahun ni anje kena masak lagi sedap. Tahun lepas baby kurus macam tak cukup zat. Tahun ni badan baby kasi berisi sikit. Tahun lepas anje kuat berleter. Tahun ni anje kurang berleter la sikit. Tahun lepas baby panas baran. Tahun ni baby kena cool-cool la yer.
  3. Ia juga boleh mewujudkan suasana mahabbah ataupun kasih sayang yang telah sedia ada disamping mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
  4. Menuntut suami isteri melakukan muhasabah diri. Menghitung baik buruk yang telah terjadi demi menjaga keharmonian rumah tangga.
  5. Sebagai contoh kepada anak-anak bahawasanya hubungan kemesraan ibu dan ayah masih erat dan utuh seperti orang baru kahwin.
  6. Dah cukup rasanya. Kalau ada penambahan harap sudi kongsikan di ruangan komen di bawah.

Sebuah kek yang diberi nama Kek Tiramitsu menjadi pilihan kami berdua. Harganya berpatutan. Rasanya? Sangat sedap bila dimakan dengan perut kosong. Kalau makan dengan perut kenyang, yang sedap pun jadi tak sedap. Ke gane? Hehe.

Happy Anniversary

Semoga ikatan yang terjalin ini akan sentiasa direstui dan diredhai. Semoga setiap langkah di iringi keberkatan agar kehidupan kami sekeluarga sentiasa bahagia dan aman selalu. Aminnn.

Perkahwinan kalau dilihat secara umumnya adalah satu medan perjuangan. Perjuangan dalam menuntut sikap bertolak ansur, nasihat menasihati, sikap tidak mementingkan diri sendiri, menghargai pengorbanan suami atau isteri dan lain-lain sikap yang berkaitan. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga sentiasalah bersikap toleransi di antara satu sama lain. Kepercayaan yang diberi dan amanah yang harus dipikul merupakan kunci kebahagiaan disamping sentiasa memohon kebahagiaan pada-Nya. InsyaAllah bahagia sampai bila-bila.

p/s : Siapa nak sponsor tiket percutian untuk Pondok Kecil? Haha. Sponsor la sangatttt.

45 thoughts on “Ulangtahun Perkahwinan

    1. hafizul Post author

      Hahahaha..kawe niat nok tamboh jugok..dalam perancangan boh..goni keno rancang molek2..baru hasil dia power…haha..terima kasih boh..Aminnn..

      Reply
        1. hafizul Post author

          Terima kasih boh..bakpo blog demo tok leh masuk?kawe terpaksa buangkan link blog demo dekat sidebar..kawe tukar pakai hok lain..sebab pakai plugin hok tu jadi slow..ko blog demo ado masaloh?

          Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..terima kasih Hafiz..romantik ke?auuu…hahahaha..ni kalau baca di mem besar ni mesti senyum nih..bercuti dirumah sendiri?buat BBQ ok jugak nih..hahaha

      Reply
  1. Pingback: Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan - Pondok Kecil

  2. Pingback: Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge