Gambar kulit durian

Wahhh Syok Nya Dapat Makan Pulut Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempena dengan musim durian yang telah tiba, menu pulut durian ni selalu menjadi igauan aku. Mana tak nya. Dah memang makanan kegemaran aku. Apa boleh buat. Memang sedap makan pulut durian ni dicampur pula dengan isi durian yang manis dan lemak berkrim.

Sekarang menu kegemaran aku ni dah diperturunkan kepada anak aku pulak. Tak sangka anak aku pun suka makan pulut durian ni. Puas hati la kalau suapkan dia. Hehe. Betapa gembiranya hati seorang ayah bila melihat anak kesayangan makan pulut durian dengan penuh kenikmatan sekali.

Gambar kulit durian

Antara durian yang jadi mangsa

Lebih kurang 5 biji buah durian aku korbankan untuk dimakan bersama pulut durian. Hehe.

Gambar Isi Durian

Sedapnya isi durian ni. Ada yang kuning ada yang putih. Hehe

Emm isi durian yang mengiurkan. Ada yang terasa macam susu penuh krim. Berbagai-bagai rasa isinya untuk dimakan bersama pulut durian.

Gambar pulut durian

Jom makan pulut durian

Haha. Akhirnya masa untuk makan pulut durian. Gambar yang aku ambil ni tak menarik mana sebab masa ni dah tak sabar-sabar untuk makan pulut durian.

Kalau korang nak tahu lagi cerita pasal pulut durian ni boleh la melawat rakan blogger ni. Blog Yusri. Aku tengok ada jugak resipi yang dimasukkan dalam entri Saya Suka Pulut Durian.

p/s : Kepada rakan blogger hafizmd tu, sila lah meratap entri ni ye. Hehe. Nanti pergi la cari durian tu. Buat hilang terliur. Lagipun puasa tak lama dah. Hehe. Kan kempunan pulak.

37 thoughts on “Wahhh Syok Nya Dapat Makan Pulut Durian

            1. hafizul Post author

              Haha..maybe la..isteri aku dulu pun x suka mkn pulut durian..tapi lepas kawin ngn aku secara aotumatik mkn pulut durian..tak byk tapi mkn jugak..hehe

              Reply
  1. hafizmd

    Ko saje buat perut aku panaslah bro….hhehee

    Nasib baik aku ada jugak makan pulut minggu lepas, walaupun takde durian…hhee

    Nampaknya, nak kena jugak crik durian…

    p.s-Ni durian kampung ke?
    hafizmd recently posted..Oh! Ayam Panggang…My Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Ha ah..durian kampung bro..asli tp tiada cop halal..pokok depan rumah jer..hahaha..bgun pagi terus cari durian..memang best…

      Reply
  2. hafizmd

    aaa…baru perasan…

    durian ni asing ngn santan ek? kalau mak aku masak, dia masak sekali durian tu ngn santan…pastu baru makan ngn pulut…takpun beli roti “bodo”, buat cicah ngn kuah tadi….fuh!
    hafizmd recently posted..Oh! Ayam Panggang…My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge