Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cikgu… Masihkah cikgu simpan nama Hafizul dalam hati cikgu?
Cikgu… Masihkah terselit bayangan insan yang bernama Hafizul dalam ingatan cikgu?
Cikgu… Masihkah cikgu menyimpan nostalgia kenangan bersama anak murid cikgu yang nakal ni?
Cikgu… Masihkah cikgu ingat kenakalan saya yang selalu menyakitkan hati cikgu?
Kredit : Google Images
Cikgu…
Seandainya ada peluang dan ada keizinan, ingin sekali kita bersua muka. Merungkai kenangan dan pengalaman sewaktu saya dibangku sekolah rendah dahulu. Bila tibanya hari bersejarah macam ni, saya teringat pada wajah cikgu. Wajah yang tidak pernah mengenal erti jemu menghadapiย kerenah kami selaku pelajar-pelajar yang nakal pada waktu itu. Cikgu, masihkah cikgu ingat semua kenangan pahit bersama kami?
Cikgu, kenangan saya pada kenakalan suatu masa dulu sentiasa segar bermain di fikiran. Kenangan pahit manis bersama cikgu sentiasa ada di ruang hati saya. Sentiasa saya jaga agar tak lusuh dan pudar di mamah waktu. Cikgu, entah kenapa saya teringin sangat untuk mengutus warkah berlagu pilu ini. Seandainya hari esok atau bila-bila pun cikgu terjumpa warkah ini, ingatlah cikgu. Sayalah budak yang paling nakal waktu tu. Dan sayalah budak yang pernah memalukan cikgu di depan murid-murid yang lain.
Cikgu…
Mungkin cikgu sudah melupakan kenangan pahit tu kan? Cikgu, izinkan saya menyuntik kembali kenangan pahit suatu masa dahulu agar ingatan cikgu pada saya kembali segar. Seandainya suntikan saya ini merobetkan parut yang sekian lama telah pulih, saya menyusun jari memohon sejuta kemaafan. Harapan saya hanyalah untuk menyegarkan ingatan cikgu. Agar cikgu senyum seketika apabila kenangan lalu muncul kembali.
Sekadar hiasan : Kredit – Nadipsv
Cikgu…
Saya tak minat pada subjek yang cikgu ajarkan. Walaupun pada pandangan murid-murid lain subjek cikgu adalah subjek yang tidak membosankan, namun sebaliknya bagi saya. Entah kenapa masa tu saya tak boleh nak terima apa yang cikgu ajarkan. Paling teruk, masa cikgu sedang berpenat lelah mengajar kami di papan hijau, saya leka bermain dengan semut api. Semut api yang saya bawa khas dari rumah untuk hilangkan rasa bosan setiap kali subjek cikgu ada dalam jadual harian saya. Teruknya saya waktu itu. Cikgu, maafkan saya. Waktu tu, saya tak pandai lagi nak menghargai jasa dan pengorbanan cikgu.
Cikgu…
Masihkan cikgu ingat? Ketika cikgu malukan saya di hadapan murid yang lain. Cikgu denda saya naik atas kerusi sambil menjunjung buku. Berdiri dengan kaki sebelah. Seksanya waktu tu hanya saya yang rasa. Tak cukup dengan cara macam tu, cikgu tambah lagi. Hampir 15 minit saya didenda, tiba-tiba cikgu panggil saya masuk kelas. Dalam hati terdetik. “Emm setakat denda macam ni sikit pun aku tak kesah”. Tiba-tiba cikgu pegang lukisan. Siap ada tali lagi. Saya hairan dan pelik. Kenapa cikgu pegang kertas lukisan? Sedangkan subjek cikgu bukan subjek melukis. Lalu cikgu sautkan kertas lukisan itu di leher saya.
Kredit : Google Images
Ya Allah… Apa yang cikgu buat ni. Gara-gara cikgu nak marah saya bermain dengan semut api, cikgu buat macam ni kat saya? Cikgu ingat lagi tak apa yang cikgu tuliskan pada kertas lukisan tu? Mesti cikgu dah lupakan? Tak apa lah. Biar saya segarkan kembali ingatan cikgu tu. Cikgu tulis, “SAYA SAYANG SEMUT API. SAYA SUKA MAIN SEMUT API DALAM KELAS. SEMUT API KEKASIH SAYA. JUMPA SEMUT API, BAGI PADA SAYA.” Dengan sekeping kertas lukisan di badan, saya dibawa masuk ke setiap kelas yang ada. Sambil menyuruh murid lain membaca apa yang tertulis pada kertas lukisan tu. Ya Allah. Malunya saya sampaikan tak tahu nak cover muka ni macam mana. Senyum tak kena. Masam mencuka pun tak kena. Serba serbi tak kena.
Cikgu, walaupun waktu tu saya masih budak, namun saya ada perasaan malu. Namun, saya tak salahkan cikgu. Padan muka saya kan? Siapa suruh main dengan semut api waktu cikgu mengajar di papan hijau. Salah saya cikgu.
Cikgu…
Satu malam tu, entah kenapa saya asyik duk fikir jer. Cuba cari jalan macam mana nak kenakan cikgu. Nak balas dendam kononnya. Akhirnya saya jumpa satu idea. Malam tu saya senyum jer. Gembiranya hati. Tak sabar nak menunggu hari esoknya. Kebetulan subjek cikgu pada hari tu sebelah pagi. Makin senang lah kerja saya. Berbekalkan kelengkapan yang sudah disediakan, saya melangkah megah menuju ke kerusi cikgu di hadapan kelas. Bersebelahan dengan papan hijau. Sambil mengukirkan sedikit senyuman kegembiraan.
Selang beberapa minit, dari kejauhan saya nampak bayang-bayang cikgu. Megahnya langkah yang cikgu aturkan. Saya waktu tu dah berada di meja saya. Dan hari tu saya tinggalkan semut api di rumah. Saya tak sanggup untuk dimalukan kali kedua. Seperti biasa selepas ketua kelas beri ucapan “Selamat pagi cikgu!!!”, cikgu terus duduk dikerusi. Alangkah terkejutnya saya apabila dengar cikgu menjerit.
“Argggghhhhh… sakitnyaaaaaaaaa”
Dengan gaya dan mimik muka cikgu itu membuatkan saya tak tertahan untuk ketawa sakan. Murid yang lain terpinga-pinga melihat aksi cikgu. Dan mereka memerhatikan dengan perasaan ingin tahu. Namun sebaliknya pada saya. Saya tak sanggup nak tahan ketawa ni. Saya ketawa hingga keluar air mata. Gembiranya hati saya apabila misi saya berjaya.
Cikgu…
Waktu itu, kenapa cikgu tak denda saya. Sudah terang lagi bersuluh. Mungkin cikgu dapat mengagaknya. Mungkin cikgu sudah ketahui angkara siapa. Tapi kenapa cikgu buat muka selamber jer? Kenapa cikgu buat seperti tak ada perkara pelik yang berlaku? Kenapa cikgu? Selepas kejadian tersebut, saya telah berubah. Dulu benci dengan subjek cikgu. Tapi UPSR saya dapat A untuk subjek cikgu. Dan sehingga tamat sekolah rendah, saya tak pernah jumpa cikgu untuk menceritakan perkara sebenar. Malunya saya waktu itu untuk berhadapan dengan cikgu dan menceritakan segalanya.
Sehingga ke hari ini, saya masih tertanya-tanya. Betul ke cikgu tak tahu itu perbuatan saya?
Kredit : Tema Hari Guru 2013 โ Selamat Hari Guru
Dan sempena hari guru ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk cikgu yang paling saya hormati dan sayangi. Seandainya cikgu masih dalam kerjaya cikgu, saya doakan yang cikgu tak akan berjumpa dengan murid yang nakal seperti saya lagi. InsyaAllah. Selamat maju jaya dan selamat meneruskan tugas mendidik anak bangsa. Terima kasih cikgu atas segalanya.
“1 Aspirasi 1 Agenda”
ni mesti bro letak paku payung kat kerusi cikgu tu kan???hahahahhaa. memang nakal gila bro..hehehe
Cikgu tu mesti takde simpan dendam kat mana2 anak murid..sayang lagi adalah =)
bro letak ape atas kerusi cikgu ni? paku tekan ke?
bab kena keliling bawak kertas tergantung tu…adeh…serius ingat sngt masa2 dulu….adui!
Haha..paku bro..paku tekan susah nak letak..paku yang kecil tu senang nak letak..hahaha..deme kena jugak ke denda mcm tu?haha
Nakal jugak ye masa skolah..
Tp yang tak tahan siap tulis suka kat semut api dan masuk dari 1 kelas ke 1 kelas..
memang malu tp itulah kenagan sekaran ni kan..
Rasanya cikgu tu tak tau kot, kesian kan
Haha..semua tu dah jadi kenang-kenangan dah..hehe
haha yang paling beat tu saya mengurat cikgu
Emm bro ngorat cikgu gak ke?hehe
dulu masa form 5 suka dengan subjek matematik, pasal cikgunya cantik..
Hehe..kadang2 faktor kecantikan yang ada pada cikgu tu menjadi titik tolak kejayaan kita kan?hahahahaha..
sy selalu jadi yg pertam utk subjek sejarah haaa..bestnya waktu tu
Saya selalu fail bila sebut sejarah..emmm
guru yang terindah bila dia ajar dia amrah tu asaje2 nak bgi kita jadi org berguna heee…
Emm betul tu Suri..marah tandanya sayang..hehe
Rasanya cikgu tu tahu tapi buat2 tak tahu..mana taknya..bro Hafizul sorang je yang gelak bagai nak rak..yang lain pulak muka terkejut.. ๐
Hehe..entah la..mujur lah dia tak report ke cikgu besar..kalau tak habislah..hehe
Selamat hari guru buat semua insan yg bergelar guru
hari ini hari guru rupanya..patutlah banyak dok sibuk wat entry nih..
ya ke?
selamat hari guru, cikgu!
hahaha…ayat ni memang tak bole blah…
Eleh buat2 tak tau la pulak…adoii mcm2 lah..haha
Banyak kenangan semasa bersekolah dulu…cikgu bermacam-macam ragam cikgu…serta pelbagai kenangan…ada yang manis dan ada yang perit untuk dikenang…
Hehe..menda yang perit jangan dikenangkan boh..merana jiwa..hehe
kekadang terasa macam tak patut langsung cikgu buat begitu…sedih sungguh…
Doh sape suruh kita nakal kan?hahahaha..tapi kadang2 seronok gok boh..kurang2 kita jadi perhatian awek2 kat sekolah…hahaha
memang banyak kenangan kat sekolah dulu. samalah. hehehe..
Hehe..semua itu kenangan yang sukar kita nak lupakan..hehe
wah, ada gak yang sempat ngorat cikgu tu
Hehe..biasa lah..banyak orang banyak ragamnya..hehe
main dgn semut api. tak susah ke nak menangkap semut2 tuh?
Emm tak susah..saya tangkap pakai tangan jer…try lahhh
selamat hari guru, pasti cikgu bangga dengan pencapaian PK, sabar je diorg dengan kerenah kita yg macam2 kan
Haha..tulah pasal..sabar cikgu tinggi kan?emm harap cikgu tu bangga lah kan..hehe
wahhh, aku pun ada kenangan juga pasal guru nih, tp segan la nak kongsi
Hahah..kenangan macam mana bro?mesti menarik kan?hehe..apa-apa pun ia adalah kenangan yang manis untuk dikenangkan..
apa bro juan ? mesti lu pernah bagi bunga pada cikgu tu kan ? atau kena rotan ? hehehe
ngorat cikgu i like..
Wahhh nakal bro yer…haha
hahaha .. tak laa..kadang2 je..kalau cikgu muda2 sweet 20 tu boleh lerr nak tackle..kehkehkeh
Amboi boleh tahan gak bro ni yer…hahahaha
hahaa..maklumlah … hehehe
aku bangga jd anak seorang guru ๐
meskipun budak2 nakal2 buat kt cikgu tp nak buat mcm ne namepun budak…
๐
Emm betul dah tu..hehe..cikgu memang kuat kesabaran dia..
kenangan…lalalala ๐
APa yang kenangan?haha