Windows 7 Blue Screen – Error 0x0000007b

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama rasanya aku tinggalkan sudut komputer di halaman pondok kecil ini. Aku ingat nak luput terus jer cerita ni dari masuk ke halaman pondok kecil. Tapi rasa macam rugi pula. Mungkin disebabkan cerita macam ni adalah satu cerita dan sudut yang tak akan basi. Dan ia akan laku sampai bila-bila selagi komputer itu wujud.

Tak banyak entri yang aku hasilkan dalam sudut komputer ni. Sebabnya aku jarang-jarang jer baiki komputer sekarang ni. Kalau nak dibandingkan dengan kerja tempat lama dengan tempat kerja sekarang ni, banyak ilmu yang aku dapat dari kerja lama tu. Ilmu berkenaan dengan permasalahan komputer. Tapi tak kisah la kan. Ilmu tu boleh cari mana-mana jer atas muka bumi ni. Sifu yang paling dekat dengan aku adalah internet. Hehe.

4 entri sahaja yang aku hasilkan sampai bulan Ogos ni berkenaan dengan komputer. Hehe.

Berkenaan dengan tajuk entri ni, Blue Screen Error 0x0000007b Windows 7, aku tak nak cerita panjang. Sebab cerita panjang yang tiada ulasan munasabah pun boleh tersasar jauh dari tajuk asal. Tak banyak kemahiran yang aku miliki untuk mereka cerita berkenaan dengan masalah teknikal ni. Tak sama macam Jebeng Otai. Tak sia-sia gelaran Otai diberi. Haha.

Error komputer yang aku repair tu lebih kurang macam ni la. Sumber - Google.

Kelmarin rakan pejabat ni, bawak laptop dia datang jumpa aku. Masalah nya tak leh loading windows. Aku pun silap tak ambil gambar error tersebut. Yang pasti error tersebut adalah blue screen dan error message 0x0000007b. Kebiasaannya error message macam ni merujuk kepada kerosakan pada hard disk. Iaitu hard disk bad sector.

Cara untuk menyelesaikan masalah ni senang sahaja. Just running cd installer windows 7 dan running command prompt. Bila dah running command prompt, taip jer c:/ > enter. Taip chkdsk /r > enter. Tunggu sampai proses check disk selesai dan restart komputer. Kalau tiada masalah sampingan pada windows, windows boleh boot macam biasa.

Aku mintak maaf sebab entri ni mungkin menyulitkan sesetengah pembaca. Bagi mereka yang mahir dan bekerja sebagai technician computer, mungkin dah tahu apa yang harus di lakukan. Dan cerita dalam entri ni sah pada windows 7 sahaja. Hehe.

p/s : Nanti kalau jumpa masalah macam ni pula, aku ambil gambar dan ajar satu persatu.

44 thoughts on “Windows 7 Blue Screen – Error 0x0000007b”

          1. ermmm tak sempat nak kerja bro, part time tu just suka2 jer..tapi bila ada komitmen lain yang harus dikejar aku tinggalkan part time repair komputer..:)
            hehehe cerita lama hehehe..:)
            mmg seronok duit masyuk..

    1. Hahaha..tak faham ke??tak ape la..nanti jumpa masalah mcm ni lagi akan aku terangkan satu persatu beserta gambar..entri ni org panggil teknik SEO…hahahahaha..

  1. Terima kasih bro PK. Walaupun nampak rumit, rasanya jelas dah tuh. Ambe kalau kena, akan patah balik ke entri ni.

    p/s-laptop ambe masih dalam keadaan koma sbb minum air byk sangat….huhu

    1. tu la…sape suruh bg minum air byk2…carok air dah tu..haha..emm memang aku rasa tak jelas mana entri ni tapi tak apa la..next time aku cuba masukkan yg lebih detail lagi..hehe

  2. Harap readers singgah leh dapat ilmu troubleshooting PC masing2 yer. Kalau PK tambahkan links ke tutorial bloggers lain pun takpe. Mudahkan juga PK link artikel PK nanti.

    1. memang kalau ada entri yang aku jmp berkenaan dengan masalah ni, akan aku masukkan juga..tapi menda ni aku buat tak rujuk internet sebab tu tak masukkan link blogger lain..hehe

  3. Rasanya kalau keluar blue of death ni problem lain yg mungkin ialah kerosakkan pada motherbord. saya pernah kena sekali. hard disk ok je tapi keluar skirn biru tu. ke ada banyak lagi punca skirn biru ni keluar?

  4. laptop sy jd screen blue error c0000124 {application error} mcm mana nk bt?sy nk msuk wndows pun x boleh tmbh nk command promp?boleh x step by step?? please..

    1. Saya bantu sekadar termampu je ek..Boleh tak tulis kat sini detail tecnical information..yang ada *** STOP tu, lepas STOP tu tulis semua apa yang ada..Senang saya nak buat rujukan..Hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *