Ya Allah… Ringankan Kesakitan Isteri Tercinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ya Allah… Ringankan kesakitan isteri tercinta…

Aminnn… Aminnn… Aminnn Ya Allah.

Ok. Korang pun, sila aminnnkan juga dengan penuh rasa tanggungjawab.

Ya Allah ringankan kesakitan isteri tercinta

Suasana malam yang sunyi di Hospital Besut…

Haha. Malam ni, aku online kat hospital. Isteri dalam wad sedang menunggu masa untuk melahirkan anak kedua. Disebabkan hari ni asyik sakit aje, jadi kami pun membuat keputusan untuk mendaftar masuk ke Hospital Besut. Alhamdulillah. Semua perjalanan untuk masuk wad tadi berjalan dengan baik dan sempurna sekali.

Malam ni, aku dengan penuh rasa rendah diri. Memohon kepada Allah S.W.T agar penderitaan yang ditanggung isteri tercinta segera diringankan. Dengan penuh harapan, aku memohon agar anak kedua ni keluar cepat-cepat. Semoga ayah dapat cium adik sebelum masuknya waktu Subuh.

Sejujurnya, hati sang suami tak lekang daripada sebuah kebimbangan. Jantung ni kalau korang boleh rasa, dup dap-dup dap aje nih. Tak sabar rasanya nak tengok wajah anak kedua. Semoga semuanya berjalan dengan lanjar. InsyaAllah.

Malam ni, hati teringat kat anak sulong jer. Macam mana lah dia sekarang ekk. Β Harap senang lah tidur bersama tok manya. Haha.

Korang selaku suami yang mithali, pernah juga berhadapan dengan situasi macam ni. Ada sorang abang tu, sejak petang tadi lagi duk tunggu isterinya. Anak sulong katanya. Kebiasaannya anak sulong ni dia lambat sikit nak kuar. Orang tua kata dia nak bergurau manja dengan ibunya. Jelas kelihatan pada wajahnya, riak ceria dan gembira seorang ayah yang bakal menimang cahaya mata pertama. Sama juga dengan perasaan aku beberapa tahun yang lepas.

Tapi, untuk kali yang kedua ni, anak kedua ni, perasaan teruja tu jauh mengatasi perasaan pertama beberapa tahun yang lepas. Setiap saat, aku dah tak sabar nak melihat dan mencium wajah anak kedua. Huhu. Kepada yang belum ada anak lagi, korang akan rasainya. Dan masa tu, korang akan rasai apa yang aku rasai hari ini.

Tiada apa yang mampu aku harapkan sekarang ni. Semoga semuanya selamat dan aku dapat kembali tidur dengan nyenyak diatas tilam usang yang gebu dan empuk itu. Haha.

Ok. Setakat ini sahaja untuk malam ni. Aku nak tenangkan diri sambil mendengar bunyi kipas aircond yang sangat mendamaikan. Huhu. Inilah pengorbanan seorang ayah dan ibu yang tak mampu korang selaku anak-anak membalasnya. Jadi, umtuk sekian kalinya, hargailah mak ayah korang seadanya. Sayanglah dia seketat mana yang mampu. Ok?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

UPDATE @ 05.00 am @ 16 Julai 2014
Aku dah bergelar seorang ayah untuk kali kedua at 03.15 am
.
Alhamdulillah…

37 thoughts on “Ya Allah… Ringankan Kesakitan Isteri Tercinta”

  1. Assalammualaikum..PK,

    Moga dipermudahkan segala urusan k. Pape tahniah mendapat cahaya mata yang ke-2 .. k. Moga menjadi suami solehah , sihat serta dicintai oleh isteri dan anak2.. Amin.

    mselim3

    pls: sorry lama tak visit sini… insaallah ada masa terluang visit sini k..

  2. Moga semua selamat. Tahniah. Teruskan tabah hadapi cabaran hidup berkeluarga. Sesungguhnya sifat kasih sayang adalah suatu anugerah Allah buat kita semua. Moga dimewahkan rezeki yang berkat sekeluarga. Diberikan kesihatan berpanjangan. Hidup diberkati Allah. Banyakkan beribadat, bersedekah; mudah-mudahan diberikan kebahagian dunia dan akhirat.

        1. Yup…memang tidak dinafikan…sehingga ke hari ni, tidur malam memang tak aman..kol 3 pagi tu, mainan jer…hahaha…tapi tak apalah..happy ada anak..hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *