Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tanggal 5 Mei 2013 bakal menjelang tiba. Lima tahun sekali rakyat di tuntut untuk membuat pilihan. Pilihan yang bakal menentukan masa depan negara. Pilihan yang bakal mencorakkan negara Malaysia ke arah negara yang aman dan makmur. Jadi buatlah pilihan yang tepat dan pilih la calon yang betul-betul layak untuk menjadi pemimpin dalam tempoh lima tahun akan datang. Kehangatan kempen mengundi banyak memberi impak yang begitu besar dalam diri aku. Ada yang negatif dan ada yang positif.
Kredit : Google
Ada yang tak logik dan ada yang logik. Namun semua itu adalah taktik untuk meraih undi. Taktik untuk mencairkan hati rakyat agar tidak tersalah memilih. Sejujurnya apa yang ada dalam hati ni hanyalah ruang kosong sahaja berkaitan dengan PRU 13. Segala hidangan semasa berkempen langsung tidak mengenyangkan jiwa aku. Aku tetap insan biasa hanya mahukan keamanan dan kebahagiaan di Malaysia ni. Tiada apa yang mampu mengubah jiwa dan hati nurani ni.
Bab pilihan calon?
Sejujurnya aku masih belum pasti calon mana yang layak untuk aku pangkah. Esoknya aku akan ikut kata hati jer. Apa yang terlintas dihati, itu yang aku pilih. Sekarang biarlah ia terus bermain di taman hati ni. Terus bertekak mana yang betul dan mana yang salah. Terus berkempen selagi diberi luang waktu. Bak kata orang Sarawak, Agi Idup Agi Ngaban, Selagi Hidup Selagi Berjuang.
Aku masih belum pasti calon mana yang boleh aku percayai. Tiada seorang calon pun yang boleh memberikan aku kepercayaan yang tinggi yang mereka mampu mentadbir negara sejujurnya. Kalau ada yang terasa hati, aku minta maaf. Itu yang aku rasa sehingga ke hari ni. Aku hanya menulis tentang apa yang terbuku dihati. Aku harap hari ni, korang berilah aku peluang untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Esok, lusa dan hari seterusnya mungkin aku tak ada peluang macam ni lagi.
Kredit : PRU13 Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi
Calon macam mana yang menjadi pilihan?
Kalau nak ceritakan kat sini secara peribadi, aku rasa itu mustahil. Kan tak pasal-pasal blog Pondok Kecil jadi HOT, MELETUP dan KEBABOOOMM. Aku bukan nak kejar popular. Biarlah popular itu mengejar aku. Haha. Kalau ditanya korang semua, calon macam mana yang menjadi pilihan? Mesti jawapan korang lebih kurang sama dengan jawapan aku. Kan?
- Taat agama. Tak tinggal solat walaupun dalam keadaan uzur.
- Perihatin pada kesejahteraan rakyat SETIAP MASA.
- Calon itu mestilah jujur. Jujur dan sejujurnya.
- Tidak hipokrit walaupun sekecil zarah.
- Pandai berjanji dan pandai menunaikan janji.
- Pandai ambik hati aku sebagai seorang RAKYAT. Haha. Ni melampau dah ni.
- Ada bakat kepimpinan dan bukan MATA DUITAN.
- Jadi seperti manggis, buruk luarnya elok isinya.
- Cukup. Cukup. Aku tak nak tulis lagi.
Aku tertarik dengan sebuah arrtikel hasil nukilan rakan blogger Denaihati. Dan aku petik sepotong ayat untuk dimasukkan ke dalam artikel ini.
[quote style=”1″]Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, βTidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.β. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, β Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.β[/quote]
Kredit : PRU13 Malaysia Memilih
Aku tak nafikan susah untuk kita sebagai seorang manusia untuk jadi sempurna. Untuk jadi seperti apa yang orang lain inginkan. Namun aku sebagai manusia juga ada hak untuk menyatakan pendirian aku. Masing-masing ada hak. Hak bersuara, hak mendengar, hak melihat dan hak sebagainya lagi.
p/s : Selamat mengundi dan selamat pulang ke kampung halaman.
Saya suka PRU tahun ini,kerana saya tak punya kewajiban untuk mengundi.
Aik?kenapa pula bro?
selamat mengundi semua
Terima kasih aju..hehe
Undi jgn tak undi, itulah hak kita….
Selamat mengundi bro. Esok awal pagi saya akan keluar mengundi. π
selamat mengundi yer bro…;)
siapa yang tak gi mengundi memang rugi besar
melepaskan hak yang hanya ada 5 tahun sekali
hak 5 tahun sekali tu yang nak dengar tu. π
rugi kalau tak buat ni salah satu tanggungjawab anak jati Malaysia
tak sabar tunggu result esok.
saya pun tak sabar nak ngundi..cuma harap ia berjalan dgn aman dan telus..
selamat mengundi..
meski tak mengundi dan bukan orang Malaysia namun saya mengikuti juga perkembangan oposisi dan koalisi , Barnas dan Pakatan
Selamat mengundi semua..
bila result keluar ye? harap yang menang akan laksannakan tugas dengan sebaiknyaa.
selamat mengundi bro. mungkin bro sudah mengundi sekarang…
Terima kasih DH..ha ah dah mengundi dengan jayanya..hehe
PRU kali ni bukan kita memangkah, tapi mencalit..atau menenyeh?.. π
** Rasanya lepas ni pihak yang bertanding kena ubah pada poster kempen tu.Bukan tanda X tapi tanda tompokan dakwat kekal..
Haha..setuju dengan pendapat bro ni..hehe..tengok jer nanti pru 14 mcm mana..hehe
Siapapun yang menang harap dapat jalankan tanggungjawab sebaiknya. Janji kena tunaikan.
Emm betul tu bro..saya harap mcm tu jugak lah..hehe
semua orang harapakan begitu kalau tak susah juga ya nak hadap
Kuku jari telunjuk kiri sudah selamat dicalit dgn dakwat yang tak brp nak kekal…keputusannya?
huhu…
Hola..kawe ingt kekal sampai seminggu..biarlah boh..kito sapo nok bakang2..haha
ermmm…tak tahulah sapo yang buat evaluation pasal dakwat kekal ni…
Biar lah sapo2 pun asal kito bahagia…hahaha
semuanya sudah selesai!
Ye betul tu..sekarnag masa khabar angion berkenaan PRU 13 jer banyak timbul..adoiii
alhamdulillah apa yang ada sekarang kita hadapi kini
hehehehe ..
tunggu RESUT PRU macam tunggu bas je..hehehehe
Hehe..tunggu bas tak mendebarkan bro..haha
haha..okay tukar..tunggu result UEFA ? hahaha
alhamdulillah semlam dah laksana tggjwb mgundi…
tgu result kuar smpi tertidur…huhu
Result keluar lewat kan?mata pun berat jer nak tunggu,,.haha
tak larat sebab tahu pagi boleh beli surat akhbar punya
itu namanyamenggundi dengan bersungguh sungguh
kita tunggu 5 tahun lagi π
Penungguan satu penyiksaan..haha
masa itu umur sudah meningkat haaaaa
kenangan pertama kali menggundi tak akan mudah di lupkan.
sayang entri lama saya calit dakwat biru masih dlm hosting lama lagi. sedih kalau ingat harap-harap akan dapat entri lama dari mereka.