Aku Bela HARIMAU Betina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku serba salah nak cerita ni. Tapi kena ceritakan juga. Maklum aje la. Nak tulis bab bela harimau dalam blog ni memang nak kena fikir banyak kali. Barulah boleh ditulis dengan hati yang gembira. Silap haribulan MERGASTUA datang ke rumah.

Ini bukan harimau aku.. Kredit : Google Images
Ini bukan harimau aku.. Kredit : Google Images

Silap haribulan, korang takut nak datang ke rumah. Silap haribulan juga, aku akan dipulau dengan seriusnya oleh orang kampung sekalian. Haha.

Tapi tak apa. Aku tak kesah semua tu. Aku nak war-warkan juga. Barulah korang tahu siapa aku yang sebenarnya.

“Mak ai… Riak tak bertempat lu bro…”

Tak… Aku bukan nak riak. Jauh sekali nak takabur dengan apa yang aku ada. Aku cuma nak kongsikan cerita. Tak lebih dari tu. Korang baca, korang nilai sendiri. Aku ni riak ke tak. Boleh?

Berbalik kepada isi kandungan…

Selama ni, harimau yang aku bela tu ok jer. Makan lalu semacam. Minum jarang-jarang. Maklum aje la. Harimau ni tak minum air yang banyak. Cuma makan aje yang terlebih.

Malam tu…

Sang rimau buat hal. Makan tak nak. Minum tak nak. Batang kayu reput tempat selalu lepak pun dah tak hairan. Biasanya pantang diusik. Mesti tunjuk taring dia yang kuning itu.

Malam tu… Sang rimau asyik nak berkepit dengan aku je. Berbelit dikaki macam kucing kelaparan. Aku cuba menenangkan hatinya. Cuba belai-belai dan gosok-gosok belakang tengkuk. Pun tak jalan.

Malam yang muda sudahpun menjadi tua. Gara-gara melayan kerenah rimau yang pelik. Mata dah mengantuk. Aku cuba alihkan pandangannya. Dan menyorok disebalik pohon durian. Deria baunya itu menggagalkan perancangan aku.

Dan aku bawa haiwan tersebut ke satu tempat. Untuk berjumpa dengan orang yang membelanya dahulu.

Sampai ditempat yang dituju, aku pun melihat kelibat seseorang. Dah sah, inilah orangnya. Sedang bagi harimau makan. Aku pekik namanya. Awalnya perlahan. Akhirnya hilang terus suara aku.

Namun sahutan aku tidak dibalas. Paling kecewa langsung tak layan. Aku bukan apa. Aku cuma nak tanya kenapa sang rimau berkelakuan pelik malam ni.

sekurang-kurangnya berpaling la seketika. Berilah respon sikit. Ni tak, senyap aje.

“Bangun… Bangun… Dah pukul 6 pagi ni…”

Aku pun terus bangun menuju kebilik air sambil berfikir kenapa aku bermimpi pelik malam tu. Adakah ini petanda yang kurang enak ataupun sekadar permainan tidur???

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

58 thoughts on “Aku Bela HARIMAU Betina”

  1. Lain kali sebelum tidur ambik air wuduk dulu. Barulah tak dating mimpi yang buruk buruk…Nasib baik tak kena ngap…baru panjanglah pulak mimpinya…

    1. Ha ah.. Saya pun pelik tu.. Nak kata saya ni miang, tak rasa miangnya.. tapi kadang-kadang tu ada la juga.. Sebab tu la kot mimpi bela rimau betina ni..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *