Aku Muka Tembok?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Oh tidak. Aku bukan muka tembok sebagaimana yang korang nyatakan tu. Jauh sekali aku nak terima pernyataan tersebut. Bak kata pepatah, jauh panggan dari baranya. Tapi seronok ke jadi muka tembok ni?

aku muka tembok
Sekadar gambar hiasan : Google Images

Seronok juga la jadi muka tembok ni. Sekali sekala apa salahnya. Kan? Nak jadi muka tembok ni, bergantung kepada keadaan, situasi, tempat dan suasana. Lagi satu, niat. Jika niatnya ke arah kebaikan, memang seronok, sedap dan berbaloi-baloi jadi muka tembok. Tapi jika niatnya kearah keburukan, korang sendiri faham-fahamkan aje la.

Malas aku nak huraikan kat sini. Haha.

Antara kelebihan menjadi muka tembok :

  1. Korang dapat apa yang korang mahukan.
  2. Mudah tersohor dengan tagline “Mamat muka tembok”.
  3. Nak mengayat pempuan dan awek-awek pun sonang.
  4. Korang akan hindarkan rasa malu yang membuak-buak dalam diri tu. Tak percaya? Sila jadi muka tembok sekarang. Haha.
  5. Mudah mesra dan mudah “masuk geng” dengan mereka yang kita tidak kenali. Dengan syarat, jangan terlampau over sangat dengan muka tembok korang tu. Haha.
  6. Dah la. Malas aku nak tulis. Asyik nak gelak aje ni. Celah mana yang nakal pun aku tak tahu la. Haha.
  7. Hahaha.
  8. Dan hahahaha…

Oh ya. Aku sebenarnya nak suruh korang “LIKE” fanpage Pondok Kecil hari ni. Dah lama fanpage tu tak ada yang “LIKE”. Selepas tukar themes baru ni, laman facebook Pondok Kecil tak keluar kat sidebar sebelah kanan korang tu.

Aku Muka Tembok
Klik gambar ni… Dan “LIKE”.

Geram gak sebenarnya. Dah la  themes ni tak mesra telefon. Apa orang kata? Mobile Friendly ekk.

Ahh malas aku nak layan. Nanti ada duit lebih, aku nak upah orang buat themes Pondok Kecil. Nak buat yang terbaik. Kalau boleh, nak suruh support teknologi-teknologi yang akan datang. Teknologi yang bakal dikeluarkan 10 tahun selepas ni.

Apa yang pasti, pengubah suaian themes tidak dilakukan dalam masa yang terdekat ni. Tapi bila? Entah la. Setahun lagi, lima tahun lagi, ataupun 10 tahun lagi. Malas aku nak fikir.

Oh ya. Nanti, jangan lupa klik fanpage Pondok Kecil. Dan “LIKE” sekali yer.

Syarat-syarat untuk korang “LIKE” Fanpage Pondok Kecil :

  1. Korang rasa korang suka sangat dengan Blog Pondok Kecil, boleh klik “LIKE”.
  2. Rasa aku hensem? Boleh lawan dengan Abang Ensem? Sila klik “LIKE” tanpa ada rasa curiga.
  3. Korang rasa aku kacak dan genius? Boleh “kawan rapat-rapat” dengan Encik Titan? Sila klik “LIKE” dengan riang gembira.
  4. Jika korang rasa aku layak terima “LIKE” dari korang.
  5. Dan last sekali… Tak kira apa pun sebabnya, aku nak korang “LIKE” kan juga Fanpage Pondok Kecil tu.

Hahaha. Jangan marah. Saje jer. Gurauan manja katakan.

Jangan lupa. Klik ->> Fanpage Pondok Kecil ->> “LIKE” dengan seikhlasnya.

Sekian, terima kasih. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

36 thoughts on “Aku Muka Tembok?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *