Bro Kita Dah Nak Puasa Ni..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Bro kita dah nak puasa ni”

“Ye lah dah nak puasa. Kenapa?”

“Tak ada lah bro. Cuma hati ni rasa semacam je”

dah nak puasa

Kredit : Google Images

“Semacam macam mana?”

“Entahlah. Sedih ada, gembira ada”

“Baguslah macam tu. Sedih sebab kawan kau si setan tu kena ikat kan? Gembira pula sebab dapat makan asam gupal mak cik kesayangan kau kan?”

“Sampai hati bro cakap macam tu. Tahulah aku ni perangai macam si setan tu. Tapi aku ada harga diri. Ada perasaan”

“Dahhh tu memang perangai kau macam tu kan. Nasihat aku, memang tak makan saman”

“Aku bukan tak nak dengar nasihat kau. Tapi nasihat kau, daripada aku ambik buat panduan baik aku ambik buat pekasam”

“Aiii. Aku cakap baik-baik ni.”

“Bro, cuba ingat balik.”

“Masa tu kan, aku ada niat nak mencuri telur ayam Mak Cik Piah. Tapi aku tak jadi curi telur ayam tu. Sebab apa?”

“Entah lah aku tak ingat la”

“Kau tak ingat ataupun buat-buat tak ingat?”

“Memang aku tak ingat.”

“Emm masa tu, aku nak curi telur ayam Mak Cik Piah. Tetiba aku terkejut beruk. Kau datang tanpa bagi salam dan terus tepuk bahu aku. Kau tanya aku buat apa. Aku kata nak curi telur ayam Mak Cik Piah. Lepas tu, kau bagi aku nasihat. Kau ingat tak apa nasihat yang kau berikan tu?”

“Entahhh aku dah lupa”

“Kau kata mencuri tu berdosa. Walaupun sebiji telur ayam, ambik tanpa izin tuan dia, tetap akan jadi menda haram. Aku ingat lagi nasihat kau ni. Kau ingat tak kau cakap apa lagi lepas tu?”

“Ehhh aku kata tak ingat, tak ingat lahhh. Jangan tanya banyak kali boleh tak? Aku memang tak ingat. Tak ingat!!!”

“Aii bro aku cakap baik-baik ni. Jangan nak naikkan darah aku. Lepas tu kau cakap, daripada mencuri telur ayam baik mencuri ayam-ayam Mak Cik Piah. Berbaloi-baloi. Apalah sangat yang ada pada sebiji telur ayam tu. Kalau ayam ni kita boleh bakar kat tepi sungai tu. Sedapppppp”

bapak ayam ada kaitan dengan dah nak puasa

Kredit : Bapak Ayam

“Haha. Aku cakap macam tu ekkk”

“Ha ah. Lepas tu kau yang bersungguh-sungguh tangkap ayam Mak Cik Piah masuk dalam guni. Aku tengok aje. Habis tu macam mana aku nak dengar nasihat kau. Perangai kau pun 2×5 je dengan perangai aku”

“Haha. Aku sekarang dah berubah. Aku betul-betul nak berubah”

“Ohhh ye ke? Bro, puasa ni port lama untuk beli nasi bukak lagi tak?”

“Aku rasa bukak macam biasa. Ehh nanti puasa kan, kita rasa lapar, kita beli kat port lama lahhh.”

“Aiii kata tadi nak berubah. Apa ni bro??? Kan naik juga jari lima aku ni. Aiiii dia ni memang cari nahas ni. Aiii aku memang tak leh tahan dengan dia ni.”

*********************** TAMAT ************************

Hehe. Sedikit selingan untuk hari Isnin ni. Apa yang diceritakan di atas hanyalah rekaan semata-mata. Untuk menceriakan lagi halaman Pondok Kecil yang agak suram kebelakangan ini. Asyik keluarkan artikel serius sakan je kan. Artikel sedih, artikel emosi. Sekali sekala aku selitkan juga artikel macam ni. Untuk dijadikan bahan penghibur buat korang semua selaku pembaca setia blog Pondok Kecil.

Apa yang aku tuliskan di atas, hanyalah sebuah cerita zaman muda remaja. Zaman yang penuh dengan nafsu yang terlampau. Zaman yang mana akan menjadikan iktibar dalam kehidupan aku sekarang ini. Ya, aku akui. Dulu aku memang nakal. Aku bukan budak jahat. Tapi aku budak nakal. Harapan aku cuma satu je. Si anak tidak mewarisi setiap inci perangai buruk yang ada dalam diri aku ni. InsyaAllah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tak gitu?

Ok. Sebenarnya tajuk artikel ni aku petik dalam gambar di bawah ni. Lalu aku adunkan ia menjadi sebuah cerita. Sebuah cerita yang agak santai di hari Isnin ini.

dah nak puasa

Terima kasih berikan aku idea untuk hari Isnin yang indah ni.

p/s : Selamat membaca dan semoga korang semua terhibur hendaknya. Hehe. Artikel ni sekadar di mata sahaja. Selesai baca, tongkan ia jauh-jauh dari lubuk jiwa. Agar ia tidak menjadi ikutan di masa depan.

56 thoughts on “Bro Kita Dah Nak Puasa Ni..”

  1. Ala teringat masa kecil2 dulu. meengaku kat mak abah puasa tapi hakikatnya dah minum air dari bilik air, Pernah buat tak? itu masa kecil2 la. kenangan indah jika dikenangkan.

    Best juga w/pun rekaan ceritanya. Macam ada sedikit selingan zaman bebujangan pondok kecil je kihkihhhh!!!!!

  2. hahaha… igatkan nak tengok jangan curi telor.. rupanya lain jadinya. hehe. Terbaaek~…. dulu2 kecik tak tahu lg takpe. kadang2 saje2 je tangkap ayam buat main kejar2 dulu. haha

  3. Semoga puasa dan ibadah kita di bulan ramadhan tahun ini bisa berjalan lancar dan baik2 saja tanpa halangan apapun
    Selamat menjalankan ibadah puasa ya 🙂

  4. Selamat berpuasa dan salam ramadhan Al-mubarak buat bro sahabat gua drpd Ganu kite. Moga mendpt kerahmatan, keberkatan, kesejahteraan, kemuliaan dan yang paling penting segala amalan kita diterima oleh Allah Taala di dunia dan juga akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *