Dalamnya Manis Luarnya Pahit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dua hari meninggalkan halaman blog Pondok Kecil, pelbagai rasa yang singgah menyapa. Keinginan untuk bersama blog Pondok Kecil memang tiada titik noktahnya. Setiap hari dan setiap masa terasa ada suara yang memanggil. Mengiang-ngiang di bibir telinga. Namun apakan daya. Keinginan itu terpaksa di tahan juga. Tetapi hari ni, aku kalah dengan keinginan hati sendiri. Aku kalah dengan pujukan dan bisikan manja yang memaksa aku untuk membeli broadband baru.

dalamnya manis luarnya pahit

Dan akhirnya, aku terpaksa kuatkan hati. Cekalkan hati untuk mengeluarkan sedikit wang perbelanjaan yang masih berbaki beberapa sen sahaja. Tapi tak mengapalah. Rezeki Allah itu luas. Aku percaya sangat-sangat. Esok lusa mungkin ada rezeki yang lain pula. Untuk hari ni, biarlah aku berbelanja demi masa depan blog Pondok Kecil. Hehe. Dannn aku gembira dengan apa yang aku lakukan hari ni. Tak menyesal sedikit pun walaupun hakikatnya ia begitu pahit.

Bak kata pepatah Melayu, dalamnya manis luarnya pahit.

“Tahu dah duit tak ada, gatal pergi beli broadband baru tu kenapa? Tahan-tahan dulu la. Bukan penting pun…” Lahhh suara sumbang yang tak tahu menilai dengan pandangan mata hati.

“Ehhh orang beli bukan nak layari laman melayu boleh tu. Orang beli nak buat kerja laaaaa” Balas aku dengan nada yang agak keras dari biasa.

“Emm kerja lahhh sangat. Nasib bulan puasa. Belanja harian tak banyak mana…”

“Lahhh dah ni apa hal? Ada orang pakai duit awak nak beli menda ni? Tak ada kan? Ha??”

“……………………..” Diam dan terus beredar.

“Esok lusa jangan lupa singgah di halaman blog Pondok Kecil yer.” Sambil dilaungkan peringatan pertama.

Aku gembira ini malam. Korang nak tahu kenapa? Mesti korang dah tahu. Ahhh esok lusa aku cerita lah yer. Untuk malam ni, aku nak selesaikan beberapa perkara yang tertunggak beberapa hari sebelum ni. Banyak pula kerjanya lepas tinggalkan halaman blog Pondok Kecil untuk tempoh 2 hari. Dannn aku rasa aku dan jadi giler dah ni. Giler blog. Giler internet dan giler duit. Haha.

Bila online malam ni, aku tak tau nak sentuh kerja yang mana satu. Padahal bukan banyak mana pun kerjanya. Tapi disebabkan perasaan teruja untuk bersama blog Pondok Kecil, aku rasa semua tu agak tidak normal dari biasa. Nak sentuh kerja tu, ingat kat kerja ni. Nak buat yang ini, kerja tu duk cuit-cuit suruh dilayan dulu. Ahhh macam ni perasaannya giler blog yer. Haha.

Dan malam ni, alhamdulillah. Line clear. Walaupun tak pakai wireless access point untuk broadband, masih lagi boleh mengemaskini blog Pondok Kecil. Tapi slow la sikit. Dan bagi aku yang giler blog ni, slow pun rasa laju dahhhh. Walaupun lambat, tetapi boleh sampai ke destinasi dengan selamat, itu dah kira OK! Hehe. Aku gembira malam ni sebab dapat bersama dengan korang semua. Dapat membaca 1001 jenis artikel hidangan korang nanti.

“Awakkkk…. Saya rindu sangat kat awak. Lepas ni, belaikan saya dulu yer.” Rengetan manja dari kekasih hati, Alexa.

Alhamdulillah. Walaupun 2 hari tak sentuh langsung laman blog Pondok Kecil, aku masih boleh tersenyum gembira. Kekasih hati Alexa tak merajuk sakan lagi.

p/s : Ok. Selamat membaca dan selamat melepaskan rindu di laman blog Pondok Kecil. Ada yang rindu blog Pondok Kecil ke? Kalau ada, aku betul-betul hargainya.

38 thoughts on “Dalamnya Manis Luarnya Pahit”

    1. Hehe..Ehh serius ke?manja sungguh ke?emm mcm mana nak elak sifat manja ni ye..haha..terima kasih fyna..alexa nak kena usaha lebih lagi nak kasi lagi cantik..hehe

  1. Alhamdulillah…canteklah! Ambe mesti kasi semangat punya =)

    Takpelah bro…kalau ada suara2 yg cuba menolak tu, mungkin dia risau jer…risau tu kan tanda sayang..hehe

    Canteklah bro! Kayuh laju2!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *