Harapan Untuk Melahirkan Anak Emas Cikgu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka hidup dalam keadaan yang sempurna. Sempurna dari segi agama, pemakaian, pertuturan, pergaulan dan sebagainya. Untuk melahirkan kesempurnaan itu, banyak faktor dan perkara yang boleh dijadikan pendorong seperti peranan ibu bapa, ruang dan suasana yang selesa, pemakanan, cara pembelajaran dan pergaulan seharian anak-anak. Teringat waktu zaman persekolahan dahulu. Waktu tu, bila disebut sahaja pelajar cerdik pandai, terus terlintas dalam fikiran. Adakah pelajar pintar ni mempunyai otak yang lebih besar daripada otak aku? Adakah pelajar pintar ni minum air rebusan yang ramuannya daripada buku-buku teks sekolah?

anak emas

Pelbagai perkara yang terpaksa aku fikirkan kerana waktu zaman sekolah rendah dahulu, apabila seorang pelajar berstatuskan pelajar cerdik dan pandai, secara automatik dia menjadi anak emas para cikgu kat sekolah tu. Waktu tu tuhan jer tahu betapa geringnya perasaan aku untuk mendapat perhatian sebegitu. Bukan aku tak pandai semasa zaman sekolah rendah dulu. Tapi waktu tu kenakalan aku terserlah sehingga sekarang masih terasa parut kenakalan di dahi ni.

Masa depan si anak telah aku letakkan pada ruang yang paling tinggi dalam kehidupan ini. Waktu si anak belum menjejakkan kaki ke alam persekolahan, ia adalah merupakan waktu yang paling baik untuk melakukan simpanan. Aku tahu untuk melahirkan anak yang cerdik dan menjadi anak emas cikgu, bukan satu perkara yang mudah. Banyak masa, tenaga, dan wang ringgit terpaksa aku laburkan untuk memberi ruang kepada harapan aku ni. Aku bukan dari golongan yang berada, tapi aku tetap bersyukur kerana di anugerahkan seorang isteri yang baik hati dan setia menolong aku dalam memenuhi harapan aku ni.

Alhamdulillah, memang tuah aku ataupun anak zaman sekarang dah pandai dengan sendirinya. Tak banyak masa aku habiskan untuk mengajar si anak mengenali perkara yang berada di sekelingnya. Dia lebih kepada belajar dari penglihatan dan apa yang aku hairan, macam mana si anak boleh meneka dengan betul setiap apa yang dilihatnya. Sedangkan aku tak pernah mengajarnya. Tapi tak semua la yang ditekanya betul. Dalam 10 benda ada 5 jer yang betul.

Tertarik dengan kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah :-

[quote style=”1″]Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak adalah cara kita merangsang mereka. Sebagai ibu bapa seharus mempunyai misi yang jelas untuk menanam tekad bagi membentuk masa depan anak.[/quote]

Untuk dijadikan panduan bagaimana memiliki anak yang cerdik ini, naskah ebook yang bertajuk Tips Anak Pintar telah ditulis oleh Ana Isa dan ebook ini boleh membantu aku untuk mencungkil, meransang dan mengeluarkan potensi diri si anak sehingga mereka menjadi sepertimana yang aku inginkan.

32 thoughts on “Harapan Untuk Melahirkan Anak Emas Cikgu”

    1. Emm betul tu bro..ada satu masa tu sy tersepak lori mainan..dengan selamber dia pun meniru aksi yang sy buat tu..memang dengan usia si anak sekarang ni, masa dia mengikut setiap perbuatan kita..baik perbuatan kita dimata si anak, maka baiklah perbuatan sianak di mata kita..hehe

  1. Assalam, salam kenal…setiap manusia ini dilahirkan sama jer..setengah tu membesar dalam keluarga dan persekeliling yg serba ada…ada yang memang dari atok nenek dari keturunan yg bijak pandai, genius… tetapi tak semesti nyer yg datang dari suasana yg sebaliknyer tak boleh punya anak2 atau generasi yg pandai2..terpulang pada pendidikkan dan diri sendiri yg mahu maju dan berubah menjadi lebih baik..semua tu bolih di didik dan dibentuk sejak awal..

  2. anak 2 dianugerahkan keistimewaan masing2 walaupun mungkin dikalangan mereka ada yg slow dan lambat pick up. asalkan mereka membesar dgn sihat,akan dipersalahkan mereka kerana kekurangan mereka.

    1. Betul tu bro..biar la dia lambat pick up pun asalkan dia membesar dengan sihat dan ceria seperti kanak-kanak lain..tak leh paksa memaksa..menda tu semua hadir sendiri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *