Hati Masih Jahat Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat mulia. Bulan yang menuntut untuk kita melakukan amal kebaikan dengan sempurna. Dengan bersungguh-sungguh dan penuh rasa tanggungjawab sebagai seorang hamba diatas dunia yang sementara.

Sekadar hiasan : Google Images
Sekadar hiasan : Google Images

Bulan Ramadan juga merupakan bulan yang membebaskan diri kita daripada hasutan syaitan. Hasutan kearah kejahatan. Walaupun begitu, masih ada manusia yang berkelakuan jahat dibulan Ramadan.

Siapakah yang menjadi penghasut kearah kejahatan?

Apakah yang mendorong seseorang itu untuk melakukan perkara yang buruk, jahat lagi menyakitkan hati manusia yang lain?

Tiada sebab yang lain lagi dah. Diri sendiri yang punya angkara.

Aku dah rasa apa yang tertulis ni...
Aku dah rasa apa yang tertulis ni…

Suka sangat buat kejahatan. Apa yang aku hairan, bulan Ramadan inilah bulan yang taksub untuk melakukan kejahatan berbanding bulan-bulan sebelumnya. Kadang-kadang tu aku sendiri naik hairan memikirkan penyelesaian kepada masalah ni.

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh masyarakat sekeliling untuk mendidik manusia yang suka sangat melakukan kejahatan dibulan Puasa ni.

  1. Suka mencuri motosikal di perkarangan masjid.
  2. Suka sangat pecah rumah. Ambik itu, ambik ini. Sampaikan baju blazer aku pun kau kebas ekk.
  3. Suka makan dalam semak samun. Ditepian sungai dan dalam rumah yang tiada penghuni.
  4. Dan macam-macam lagi kejahatan yang dilakukan. Dan kejahatan itu ada nampak dengan mata yang kasar. Ada yang kena pakai teropong askar tu baru nampak.

Lagipun, bukannya korang tak tahu apa yang korang lakukan tu salah. Korang mesti tahu.

Kadang-kadang aku rasa agak kesian dengan korang yang berkelakuan jahat ni. Walaupun aku bukan sesiapa yang sewenang-wenangnya boleh menghukum korang, tapi aku tahu. Ada “something” yang akan korang tempuhi kelak. Just wait and see.

Sekarang korang bersuka ria dengan sepuas-puas hati. Berseronoklah dengan hasil kejahatan yang korang lakukan ni. Esok lusa, jangan nak menyesal pula. Dikesempatan yang ada ni, baik korang menyesal dengan bersungguh-sungguh.

Masih belum terlambat lagi untuk korang berubah menjadi orang yang baik. Ramadan tahun hadapan, jangan buat jahat macam ni yer.

Tahun lepas punya cerita ~~> Permulaan Ramadan yang menyedihkan.

Ramadan tahun depan, kita sama-sama ke masjid. Sama-sama solat terawih. Banyak kelebihan dan fadilatnya terawih yang dapat kita ambil. Boleh?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

33 thoughts on “Hati Masih Jahat Di Bulan Ramadan”

  1. Betul tu..ada pernah dengar ustaz ceramah, kalau dalam bulan ramadhan pun kita still berbuat jahat maknanya syaitan sudah berjaya mendidik kita menjadi pengikutnya …

  2. nasfu semua tu.. masa puasa ni.. dua nafsu yg tidak dapat dikawal.. satu nafsu makan dan kedua nafsu tidur.. em.. ingatkan budak-budak jr yg x tahan posa.. yg dh tua2 pun ada juga… hu hu hu

  3. betul, bulan puasa ni la mase paling bagus hisab diri…kalo bulan puasa asik buat dosa dan malas nak manfaatkan n tambah amal ibadan bulan lain lagila…

  4. Betul.. time syaitan diikat tp manusia masih berkelakuan jahat.. sesungguhnya diri sendirilah yg salah. Takperlu tuduh hasutan syaitan dah

  5. Kadangkala bile difikirkan, bukan setakat syaitan yang jahat, tetapi apa yang ada dalam diri kite sebenarnya penuh dengan kejahatan.. Nauzubillah moga kite bukan menjadi manusia yang bertopengkan syaitan..

    1. InsyaAllah..terima kasih diatas segala nasihat yang diberikan..berguna sangat..yang lalu biarlah berlalu..jadikan iktibar..bak kata pepatah..buang yang keruh ambil yang jernih..kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *