Ini Yang Aku Suka Bila Lama Tak Update Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku tak tahu nak sembang apa sebenarnya. Tengok tajuk pun macam merepek aje kan? Maafla…. Aku sekarang tengah malas nak update blog. Tengah malas nak buat kerja online. Tengah malas nak melawat blog korang semua.

Sekadar gambar hiasan...
Sekadar gambar hiasan…

Entah la. Simpton ni macam kena birus-birus cinta. Makan aje yang lalu sekarang ni. Buat kerja malas sampai ke sudah. Walaupun begitu, aku masih merasa gembira. Masih terasa “feel” buat duit dengan blog.

Walaupun dah jarang update blog sekarang ni, tapi duit blogging masih diperolehi dengan jayanya. Dan kesan daripada itu dapatlah aku terus merasa “excited” untuk terus menyepikan diri.

Haha… Hahaha… Dan hahahahaha….

Giler kau!!! Mahu tak seronok dapat duit “FREE”. Kerja tak buat tapi duit masih dapat sampai sekarang ni. Inilah satu kelebihan menjadi seorang Agen Affiliates.

Boleh la simpan buat renew Hosting & Domain
Boleh la simpan buat renew Hosting & Domain

Serius!!!

Aku bukan nak bangga dengan apa yang aku miliki. Cuma nak memberi semangat dan peransang untuk diri sendiri. Dan juga orang lain. Bahawasanya ada masa depan buat duit dengan blog. Rugi dan rasa menyesal jauh sekali untuk dirasai.

Jadi, kalau korang tengah berangan-angan nak tambah sumber pendapatan kedua, belajarlah buat blog. Belajarlah macam mana untuk menjana RM1 kepada RM100 daripada aktiviti blogging.

Dan apabila korang berjaya mengusainya, korang akan rasa seperti apa yang aku rasa hari ni.

Aku dah sahut cabaran menteri yang inginkan rakyatnya melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup kini. Dan alhamdulillah, sekarang ni aku dah pun memiliki dua pekerjaan tersebut.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

32 thoughts on “Ini Yang Aku Suka Bila Lama Tak Update Blog”

  1. saya pun sama, dah tak tahu nak update blog..
    biasa laa tu bro.. apa jua yg kita buat lama2 bosan juga…
    mcm saya pun dah bosan jual video… tapi nak buat mcm mana kan.. dah rezeki kat situ. heee

  2. affiliate neh memang macam tu… kena caranya duk diam diam kejap dapat duit tak pasal pasal. sebelum nih dah usaha kaww kaww dah… duk dendiam lagi mahsyuk tetiba… hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *