Kenanglah Yang Lama Agar…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kenangan lama, peristiwa lama ataupun nostalgia lampau secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada jiwa dan emosi manusia. Dengan kenanganlah perasaan malas itu menjadi rajin. Perasaan gundah menjadi meriah. Perasaan hiba menjadi gembira.

kenangan
Sekadar Hiasan : Google Images

Tetapi AWAS!!!

Dengan kenangan jugalah ia mampu membunuh perasaan gembira yang ada dalam diri manusia.

Kenangan itu tidak pernah mengenal erti jemu. Hadirnya pula tidak dijemput. Dan pulangnya juga tidak dipaksa. Hadirnya seketika. Kadang kala berjela-jela lamanya.

Betul tak?

Betul kan?

Kadang-kala kita selaku orang tua banyak masa lapang yang ada. Lepas makan tengahari, rehat seketika dengan isteri. Sambil tunggu solat Zohor, sembang sekejap.

Tetiba Isteri bangun dan terus menuju ke almari. Lima minit kemudian, datangnya membawa senaskah album yang bertajuk “Sweet Memories (Papa & Mama)”.

Lepas sehelai, sehelai yang berjangkit. Awalnya wajah serius aje. Tetapi bila dan banyak helaian album dibuka, senyum aje sampai ke telinga. Papa cubit mama. Mama pula yang malu. Merah pipi mama.

“Mama, masa ni mama kurus dan ramping lagi kan??? Sekarang Mama dah montel… Papa suka yang sekarang ni.. Montel aje.. Sweeetttt….”

“Ala papa pun apa kurangnya.. Tengok la. Pakai baju pengantin. Besar baju dari tuannya…”

“Mama… Tengok anak bongsu kita ni… Masa ni usia bru 2 tahun… Sekarang dah besar panjang. Dah nak kawin pun…”

Terlajak syok tengok album “Sweet Memories (Papa & Mama)”, dah terlepas solat Zohor berjemaah.

Tengok jam dah pukul 3 petang…

Kenangan punya pasal. Memang tak jemu untuk dikenangkan.

Hampir 30 tahun menjalani kehidupan, banyak kenangan yang telah terukir. Cuma tak mampu untuk dibukukan dan dijelma di alam nyata.

Bukan kehidupan di alam nyata sahaja. Kehidupan di alam maya banyak meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan terutamanya coretan didada blog. Ukhwah yang terbina. Perkongsian ilmu yang digaul bersama menjadi sebuah manfaat. Tak sangka. Sudah lama aku berkecimpung dalam dunia blogging.

Jauh disudut hati, aku begitu sayang untuk melepaskan ikatan dan ukhwah yang terbina sekian lama.

Memories
Sekadar Hiasan…

“I Must Do Something!!! Otherwise I Will Lose Everything!!!”

ps : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

22 thoughts on “Kenanglah Yang Lama Agar…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *