Minta Jasa Baik Korang Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berhubung dengan keinginan aku untuk membuat blog Bahasa Inggeris, aku nak mintak jasa baik korang semua bagi pendapat dan kritikan berkenaan dengan penggunaan bahasa inggeris yang aku gunakan ni. Adakah ia sudah boleh digunapakai dalam kehidupan seharian. Aku tahu bunyinya amat buruk. Tapi itulah hakikat yang terpaksa korang terima dan terpaksa aku hadapi. Biar lah buruk sekali ini daripada buruk selama-lamanya. Untuk menguasai Bahasa Inggeris, memang amat sukar bagi aku. Sebabnya, sewaktu di bangku sekolah lagi aku sudah gagal dalam matapelajaran English ini. Nak layan lagu Oh My English tu boleh ajer. Haha.

Kredit : http://www.astro.com.my/ohmyenglish/

Keputusan Sijil Penilaian menengah (SPM) pun cukup-cukup makan jer. Sedangkan cikgu yang mengajar Bahasa Inggeris waktu tu sangat baik dan cara pengajaran tidak membosankan. Entah kat mana silapnya, aku sampai ke hari ini masih belum mampu untuk menguasai Bahasa Inggeris. Aku tak mintak pun dapat kuasainya dengan baik, cuma apa yang aku harapkan dapat menulis sebaris dua ayat dengan kesempurnaan Bahasa Inggeris yang betul.

Oleh itu, aku nekadkan juga untuk mintak pandangan korang semua berkenaan dengan penggunaan Bahasa Inggeris aku ni. Sesungguhnya dan seikhlasnya aku buang kat tepi dulu perasaan malu ini semata-mata mahu menyiarkan entri berunsur kelakar ni. Ya mungkin korang akan ketawa terbahak-bahak bila baca penulisan Bahasa Inggeris aku, tapi aku bersyukur kerana ia mampu membuat korang ceria. Mungkin juga ada yang kata “Ish buruk giler penggunaan Bahasa Inggeris budak ni”, pun aku terima dengan hati terbuka. Kurang-kurang aku tahu kat mana buruk tu, dan aku boleh perbaikinya.

Walau apa-apa pun komen, cadangan dan kritikan korang, sedikit pun aku tak ambil kisah. Apa yang aku mahu hanyalah keikhlasan dari korang semua. Jadi, jangan lah rasa bersalah untuk mengkritik penggunaan Bahasa Inggeris aku ni. Hehe. Jom baca penulisan Bahasa Inggeris aku ni.

*******************************************************************

Title : Techniques Learn English

In my entry I want story about the techniques learn English. I’m new in the blogging world and new blogger at blogspot.com. English is not my favorite but i think i must learn this language. Many advantages can I get when I fluent in speaking or writing English. Today i search in Goolge how to learn the English. And I found some technique to learn English.

First thing must i do, i must list down anything object i look. It is for give me confidence when i speaking in english. I start in my room where i am now. Some thing i look in my room.

1. Aircond

2. Table

3. Computer

4. Printer

5. Telefon

6. A4 Paper

7. Cabinet

8. Calendar

9. Clock

10. Curtains

I found ten item and I list down here. To learn english, its not difficult. Why I say like this? Because in internet, i have Google Translate. But to learn the pronouns it very difficult for me. I hope i can get to learn english and I can repair my writing slowly.

*******************************************************************

p/s : Terima kasih kerana gelak terbahak-bahak yer…. Muahahaha. Jangan lupa tinggalkan komen, cadangan dan kritikan kat ruangan komen ini.

41 thoughts on “Minta Jasa Baik Korang Semua”

      1. dulu teacher aku penah bagi tips mudah belajar BI, dgn tengok cite2 katun omputih.. sebab cite katun dia guna BI yang mudah faham dan mudah digunapakai dlm hidup seharian.. contohnya macam cite Barney & Friends yang dinasor kaler purple tu.. layan jugak cite dia.. hehe..

        1. emm sy terus terang..cartoon yang bi punya memang tak suka tengok..layan boboboy jer skrg..emm nanti ler nak cuba tgok jugak cerita yang anarm bgtau tu.hehe..terima kasih yer…

  1. Wahahahaha. Alaa jangan kecil hati kalu komen di dahulukan dengan ketawa ni. Saya pun bukanlah mahir sangat dalam berbahasa inggeris. Bagus dengan percubaan ini. Masih banyak yang boleh diperbetulkan. Heee.. senang-senang, cakap je “me no speak english”

    Hahahahahahaha!

  2. salam bro…

    nak mahir english nih kene selalu bercakap in english then insyallah mahir…then dah mahir bertutur english pastu baru leh wat karangan english…:)

    semoga sukses bro..:)

  3. ko layan drama korea..dan layan cerita orang puteh. nanti pahamlah sikit. ada gak salah grammar sikit-sikit tu..tapi kalau orang lain leh faham..tu dah cukup..orang puteh pun..bukan betul sangat english diorang. haha..

      1. Kadang-kadang kita merasa rendah diri apabila berada diluar negara. Tidak semua yang berkulit putih boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Pengalaman ke Jerman dan Sweeden membuat rasa diri lebih baik sedikit apabila berbahasa Inggeris. 🙂

        1. emm mesti luas pengalaman bro ni kan..betul la tu..suasana dan keadaan sekeliling buat kita terpengaruh..kan??untung kan tu dapat jugak berbahasa inggeris dengan baik..hehe

  4. Menulis lebih susah dr bercakap sbb bercakap grammer x der masalah sgt. Kakau tukis, grammer kena jaga. Tp kan, sop pun fail BI. Hehhehe
    Jom repair (improve) bhasa inggeris 🙂

    1. emm jom2..tapi gaya hidup dibandar tak sama mcm gaya hidup kt kampung kan..kt bandar memng dikelilingi oleh mereka yang ada gaya ckp bi..kat sini nk jump ckp bi pun pyh..

  5. Hahaha…tipu kalau tak gelak bila baca ayat-ayat BI demo tu…
    Serius…kawe mase sekolah rendah,menengah dan U tak pandai BI…tapi minat ada sikit-sikit…malas dan benci nak belajar yang banyak…hehehehe….
    Tapi bila dah masuk alam pekerjaan baru lah menyesal tak sudah…sebab english teramatlah penting…start drp interview dalam english,in fact resume pun dalam english…segala report,komunikasi dan dokumen dalam english…jadi secara tak langsung kita kena belajar dan praktik english…

    kalau nak fasih bercakap english kena rajin tengok berita dalam BI,kartun BI,filem2 BI. Cuba ikut apa yg org sebut. Ketepikan slang tu…Pastu kena rajin praktik cakap BI lah boh…cuba try cakap dgn wife dulu…pastu dgn member2…pastu dgn BOSS…hehehe.

    Kalau penulisan pulak,rajin2 baca english paper,zine,story book etc….kamus mesti ada boh!kena rajin bukak kamus tu…penulisan lagi sukar berbanding percakapan sebab kena jaga betul-betul grammar…cakap tak de hal lagi…

    slow-slow gohed boh…lama-lama improvelah tu english demo…good luck!

      1. dok terer lah mane pung kawe BI ni…cuma belajar dari pengalamang org kate…sebab kerja seharian lebih menjurus kepada penggunaan BI…nok dok nok kena kehel jugok lah…huhu…

    1. wahh panje demo wi huraian…terimo kasih boh atas penerangan ni..kawe slow nak blaja BI nih..nak ambik komen2 rakan blogger sekalian nk jadikan panduan…terimo kasoh bohhhh..hehe

  6. tak perlu malu sebenarnya nak belajar BI ni… kena cakap bi hari2, biar salah.. tak perlu malu. janji orang tu faham apa kita cakap. saya pun kurang mahir BI ni.. boleh la sikit-sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *