Pat Taun Tingga Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perghhhhhhhhhh… Pat taun tingga Blog. Ehh jap korang faham kan tajuk tu?

Perghhhhhhhhhh… Empat tahun beb tak update blog. Giler. Ya memang giler. Empat tahun tinggal blog tetiba malam ni rujuk kembali.

Ehhhh. Rujuk kembali?

Ya gais. Rujuk kembali.

Maklumlah musim-musim kena kurung PKPD. Semua benda tak boleh buat. Nak bebas merantau sudah tak boleh. Nak kemana-mana kena bersyarat dah sekarang.

Tension?

Ya beb. Kadang-kadang aku rasa tension. Tapi itulah hakikat sebuah kehidupan yang terpaksa aku terima. Redha dan pasrah atas segala ketentuan-Nya.

Malam ni terpanggil untuk update BLOG PONDOK KECIL. Walaupun empat tahun dah tinggal, tapi skill menulis, skill meroyan tu masih ada.

Cuma mungkin agak kekok sikit untuk seketika. But….. InsyaAllah everything will be OK!

Perghhh. Kekok gais. Kenkak!!!

Lama tak picit-picit keyboard. Tapi skill memicit masih pantas dan lancar macam dulu-dulu. Macam pertama kali aku menjadi seorang blogger. Dan paling hensem, picit keyboard sambil mata tengok screen. Haha.

Empat tahun tinggal blog macam-macam dah terjadi. Themes blog dah terpaksa kena tukar. Banyak sangat yang tak FUNCTION. Pening jugak nak fikir apa punca. Last-last tukar sahaja themes yang baru.

Habis cerita.

Musim-musim tengah kepeningan dengan SOP PKP, PKPD. Jangan nak tambah beban lagi dengan masalah themes blog yang remeh temeh ni. Haha.

Aku…..

Bila meroyan loyar buruk memang banyak yang nak diluahkan. Tapi tak apa. Kite simpan sikit untuk meroyan malam esok. Mana tahu dapat jumpa PENGOMEN baru.

Comfirm….

PENGOMEN SETIA semuanya dah lari. Empat tahun tak update blog. Bukan empat hari.

Haha.

Okeh. Korang masih ingat BLOG PONDOK KECIL? Cer komen sekali sebagai tanda ingatan…

One thought on “Pat Taun Tingga Blog”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *