Salahkah Aku Jika Tak Sempurna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuntutan kesempurnaan dalam setiap perkara sudah menjadi adat masyarakat Melayu kita. Tidak semuanya berpendirian macam ni. Mungkin separuh sahaja. Dalam kehidupan yang sementara ini, mencari kesempurnaan itu dituntut. Memperbaiki kelemahan dan keburukan diri agar menjadi insan yang terhebat juga adalah dituntut. Tidak dinafikan, kadang kala kesempurnaan itu menjadi titik ataupun menjadi bahan bualan dalam mencari kelemahan seseorang.

salahkah aku jika tak sempurna

Kredit : Google Images

Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tidak semua dilahirkan dengan sempurna. Dalam setiap aspek kehidupan, ada buruk dan ada juga baiknya. Kadang kala buruk pada sikap dan perangai, tetapi baik pula pada perbuatannya. Ada yang sebaliknya. Ibarat kata, dalam sepapan petai tu, mungkin ada satu dua bijinya yang dimakan ulat. Ya tak semuanya sempurna. Sama juga dengan kita sebagai manusia.

Aku bukan nak ungkit bab kelemahan dan kelebihan diri. Tapi kadang-kala aku tak berapa nak memahami. Apa yang mereka semua mahukan. Apa lagi yang harus aku lakukan agar semuanya berpuas hati. Ada masanya aku pandai memberontak. Dan ada juga masanya aku nak tunjuk sifat lelaki buas aku ni. Namun aku sedar dan aku mengerti. Aku bukan sesiapa untuk meminta perhatian sebegitu rupa. Selagi mampu aku pemdamkan, akan aku pendamkan jauh ke lubuk hati.

Tetapi awas…

Sifat lelaki buas yang ada dalam diri ini tidak pernah padam dan tidak pernah ada penamatnya. Jangan pula nanti, nasi sudah menjadi bubur baru nak menyesal. Sudah terlambat dan sudah tiada gunanya. Aku manusia biasa. Aku tak sempurna dalam setiap aspek kehidupan. Aku tetap juga bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kudrat empat kerat yang utuh dalam mencari rezeki yang halal. Lemahnya aku hanya pada sikap dan perangai. Lemahnya aku pada godaan hawa nafsu. Lemahnya aku pada bisikan manja si penghasut durja.

Namun itu bukanlah permintaan aku sebagai hambanya. Apa yang aku pinta, sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menempis kelemahan diri. Kelemahan diri yang entah bila ada penghujungnya. Aku bukan manusia yang durjana. Bukan juga insan yang tidak mengenal erti belas kasihan. Aku juga dikurniakan hati dan perasaan untuk menilai dan merasakan keperitan yang dirasai. Sekali sekala, aku tewas juga. Sekali sekala aku menitiskan air mata juga. Bukan kerana dugaan yang menyeksakan jiwa. Tetapi sedih dan perit mengenangkan dosa yang ada dalam jiwa ini.

Aku terima dengan redha setiap dugaan yang diberikan kerana aku tahu ini adalah penawar untuk setiap dosa-dosa yang pernah aku lakukan dahulu.

“Abang!!! Duk termenun apa lagi nya??? Jom makan tengahari. Nak kena sirent dulu ke???”

Dahhh kena dahhh. Baru jer mengelamun sikit dah ada yang potong stim. Hehe. Selamat membaca. Pendek kata, isteri korang garang macam singa, korang tak yah layan lahhh. Buat tak tahu jer mungkin dia tengah stress sebab kita si suami terlampau kacak kan? Haha.

46 thoughts on “Salahkah Aku Jika Tak Sempurna”

  1. Paling penting kita jadi diri kita sendiri.

    macam pro muhaya cakap, kalau kita buat apa2pun kerana mencari kesempurnaan di mata manusia, kita takkan ke mana2…tapi

    carilah utk redha@kesempurnaan utk Allah…inshaAllah…kita mesti rileks jer…tenang jer macam buaya tgh terapung tunggu mangsa =)

    1. Emm terima kasih bro..rasa terinspirasi seketika..betul juga kan?buat tenang jer..senyum sellau walaupun berada dalam masalah..hehe..terima kasih bro..

  2. siapa yang mengaku diri sendiri terlalu sempurna itu bodoh..
    walaupun manusia sempurna cukup anggota badan tetapi kita ingat di mana orang selalu cakap manusia pasti melakukan kesilapan, & setiap manusia itu ada kelebihan dan ada kekurangannya, gunakanlah kelebihan semaksima yang mungkin, jangan pula ada rasa riak dan bangga dengan kelebihanya, ditakuti binasa pada hujungnya. Dalam kekurangan pula, atasi kekurangan dengan memperbaiki atau memperelokkan kekurangan yang ada pada diri kita iaitu sifat kita. Kita tak boleh nak puaskan semua pihak, lebih baik mengalah bukan bermakna kita kalah apatah lagi dayusss, tp demi menjaga sebuah perhubungan.

    P/s: Banyak plak aku tulis…

  3. Suami kurang kacak tak stress ke dpt isteri lawa ? Hehe..
    Saya menerima ketidaksempurnaan kerana saya sedar saya juga kekurangan. Yg penting kerjasama….eheh yg penting kesediaan utk memperbaiki diri daa

    1. Emm betul gak tu…suami tak kacak dapat isteri kacak, memang stress gak..tambah2 laki tu ada sikap cemburu buta..lagi lah stress..hahaha..betul tu kak..terima kasih yer atas pandangan ni..hehe

  4. saya diam jer..haaaa. kalu rasa malas nak ckp buat sesuatu sy akn ckp “wak tolong” kira suruh bt keje rumah ker, sidai baju ker, amikkan air minuman ker haaaa..sy sy suka kenakan dia balik time2 dia mood marah tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *