Sampai Bila Nak Ikat Perut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku ada terbaca satu tajuk. Bunyinya sampai bila nak ikat perut? Dan kandungan dalam tu berkisar kisah kehidupan seorang pemuda yang miskin dan sukar untuk penuhi keperluan hidup seharian. Keinginan dan keperluan sangat membataskan dan situasi ini memaksa beliau untuk ikat perut sendiri menahan lapar semata-mata untuk berjimat. Situasi ini terpaksa dilakukan sedemikian rupa bagi mencukupkan keperluan hidup seharian.

ikat perut

Sekadar gambar hiasan : Google Images

Dalam ekonomi hidup yang semakin mendesak, timbul kesedaran untuk mengubah corak kehidupan kearah yang lebih baik. Dan juga keluar dari kepompong kemiskinan. Walaupun beliau sedar tahap pendidikan yang dimiliki tak mampu untuk memberikan kesenangan dalam hidup, namun beliau cuba bangkit dan berusaha dengan apa yang termampu.

Kehidupan yang lepas, beliau jadikan panduan untuk menempuh hidup yang seterusnya. Ada ketika beliau terasa akan penyesalan yang teramat sangat. Namun sudah ditakdirkan beliau dengan takdir sedemikian rupa. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Beliau sedar dan yakin. Tiada apa yang mampu mengubah hidup keluarganya melainkan dia sendiri yang mengubahnya.

Jatuh bangun, berjaya dan gagal, itu sudah lumrah kehidupan sebelum mencapai kejayaan yang sebenar. Daripada kegagalan itu akan mewujudkan sebuah kejayaan yang sangat bermakna seandainya disulami dengan usaha dan semangat yang tidak mengenal erti putus asa.

Akhirnya… Beliau kini hidup dengan penuh kegembiraan dan kesenangan.

Aku sendiri pun jadi terfikir. Sampai bila nak ikat perut untuk memiliki sesuatu yang diimpikan dalam hidup. Aku juga punya hasrat dan impian yang masih banyak belum tercapai. Dan semua hasrat itu perlukan sumber kewangan yang kukuh. Kalau diri sendiri makan tak menentu, aku tak kesah mana.

Tapi bila masuk bab anak bini, terasa juga la. Itu baru masuk bab makan. Belum masuk bab keperluan asas yang lain. Sebab tu sekarang aku lebih serius buat duit dengan blog. Sekurang-kurangnya duit blog boleh disimpan untuk melengkapkan hasrat dan impian aku. Nak harapkan satu sumber, memang susah. Ibarat kata, hari-hari hidup kena ikat perut aje.

Tak. Aku bukan nak merungut hidup dalam keadaan macam ni. Susah-susah aku pun, aku dah ada kereta. Dah ada kerja dan sudah ada anak dua. Orang lain? Belum tentu ada sepertimana yang aku ada. Ada hari, aku terasa macam aku dah hidup senang. Dan ada hari, aku rasa macam orang susah.

Lagi best, aku ada blog. Dan blog itu setiap bulan kasi aku duit sampingan. Walaupun sikit, tak kesah la. Asalkan masyuk. Pendek kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semoga apa yang dilakukan sekarang, akan ada hasil yang memberansangkan kelak. Biarlah masa yang menentukan selaras dengan usaha yang ada.

Mesti korang pun ada ketika rasa macam ni juga kan? Walaupun realitinya bukan ambik tali, ikat perut sendiri, tapi korang akan lalui situasi macam ni. Betul kan?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

45 thoughts on “Sampai Bila Nak Ikat Perut”

  1. Ye Betul..
    Ikut perut tapi versi yang lain..
    Iaitu kemahuan dan kehendak kena ketepikan dahulu, ambik yang penting dahulu..

    Dari situ kita akan bekerja keras lagi 😀

  2. senak perut ikat boh…huhu

    sudah sampai masanya untuk kita keluar bebas dari belenggu kemiskinan…
    Ramai antara kita yang Nampak macam kaya tetapi sebenarnya miskin…

  3. basically yg puterij boleh comment is… kita memerlukan ilmu yg cukup untuk melayari hidup yg penuh dgn dugaan ni. dengan ilmu segala nya akan diurus dgn teratur, nak kena ikat ke, tak yah ikat ke.. mesti tau punyaaa weiii… 🙂

  4. Bila kita melihat ada yang lebih susah dari kita…barulah terasa betapa bersyukurnya dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah… Carilah kebahagiaan akhirat itu lebih utama dari ikat perut utk kenikmatan dunia.
    Nice sharing bro!

  5. Guru Ainon Bisnes School ada menyebut..

    Jika buat bisnes kena ikat perut 3 tahun. Selepas 3 tahun jika bisnes masih survie.. Ada harapan untuk maju..

    Saya juga sedang ikat perut untuk bisnes online tudung labuh dan yang lain lain.

    Sama sama kita usaha..

    Lebih kaya.. lebih banyak zakat dan sedekah boleh beri.

    Nak berbakti pada ibu dan ayah pun senang.. belanja pergi haji ke

  6. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ikat perut engan cara yang betul takpe, berjimat bagus, jangan sampai jadi kedekut, berbelanja boleh, jangan sampai membazir

  7. Kadang-kadang disebabkan kita terlalu mengejar kesenangan, kita terlupa yang sebenarnya kita ni mungkin tergolong dalam kategori yang memang dah senang..macam yang bro cakap..kita dah ada kereta, ada rumah, ada keluarga..hanya mungkin sumber kewangan sahaja yang tidak mencukupi..
    Dek kerana terlalu mengejar sesuatu,dalam pada tu kita selalu terlupa yang di luar sana ada orang lain yang keadaannya lagi susah daripada kita..tanpa rumah, kerja dan makan minum yang tidak menentu..
    Saya pun sama macam bro..kadang-kadang lalai dan terlupa.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *