Top Komentator Ogos 2014 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Juara top komentator ogos 2014 Pondok Kecil bakal diumumkan seketika nanti. Jadi, ambil masa dan ruang. Tenangkan diri setenang yang mungkin. Tarik nafas dalam-dalam, hembus pelan-pelan. Jangan gelojoh sangat. Nanti tercekik nafas sendiri pula. Hari ni, aku bersyukur sangat. Masih lagi dikurniakan nikmat untuk menghirup udara yang segar di bumi Malaysia ni. Esok lusa belum tentu lagi.

Thank-you-allah

Kalau diberikan umur yang panjang, alhamdulillah. Kalau dipendekkan pun, alhamdulillah juga. Sekurang-kurangnya tak banyak dosa yang akan kita bawa di hari penentuan nanti. Walaubagaimanapun, doa sentiasa dipanjat ke hadrat Ilahi agar usia yang ada ni dipanjangkan lagi.

Bagi ruang dan peluang untuk aku tebus segala kesilapan lalu. Walaupun hakikatnya peluang dan ruang tersebut belum tentu akan aku nikmati di hari esoknya. Masih banyak perkara yang ingin aku laksanakan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Terutamanya memberi perhatian sewajarnya untuk keluarga tersayang. Anak-anak dan isteri, semoga berjaya aku didik mereka menjadi insan yang soleh dan solehah.

Semoga doa mereka akan sentiasa menerangi ruang di alam kubur nanti. Itulah harapan yang belum aku laksanakan dengan jayanya. Mendidik bukan sekadar luahan dimulut dan jari telunjuk sahaja. Ianya mencakupi pelbagai skop dan aspek yang mana setiap perkara itu perlu kepada pelaksanaan yang sempurna.

Salah didikan nanti, menyesal tak sudah. Namun aku tahu, ibu bapa mana yang tak nak anak yang berjiwa murni, soleh dan solehah. Sebagai ibu bapa yang mithali, tanggungjawab yang kita pikul ni sebenarnya berat. Jadi, persefahaman dalam perhubungan itu penting. Tak mau gaduh-gaduh ekk. Tak mau gedik-gedik juga. Must be serious with your responsibility. Haha.

Ok. Panjang pula mukadimah hari ni. Berbalik kepada tajuk, diumumkan sekarang juara top komen bulan Ogos 2014 Pondok Kecil. Juaranya jatuh kepada saudara Yusri dari blog Muhamad Yusri dot com. Tahniah!!!

Top Komentator Ogos 2014 Pondok Kecil

Patah tumbuh, hilang berganti.
Adat resam kehidupan ini.
Juara top komen silih berganti.
Silaturahim dibina harapnya kekal abadi.

Ok. Menarik tak pantun yang aku reka tu? Haha.

Tidak dilupakan juga kepada semua mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Korang memang sporting habis. Korang memang SAYANG Pondok Kecil ketat-ketat kan??? Haha.

Jadi, dikesempatan yang ada ni, aku ingin memohon maaf. Andai ada artikel yang lepas-lepas yang mana tidak menyumbangkan manfaat yang berguna dalam hidup korang, sila berikan kemaafan yang sewajarkan untuk aku. Macam ni lah rupanya Pondok Kecil bertemakan kehidupan peribadi.

Ada masakan kena dengan selera korang. Ada masakan tu langsung tak leh nak telan. Jadi, aku harap, masakan mana tak leh nak telan tu, korang tolak tepi dengan hati yang redha. Jangan duk caci pula masakan tu. Kecik hati aku ni. Sampai ke tulang hitam jauhnya.

Ok. Dah tamat….

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

51 thoughts on “Top Komentator Ogos 2014 Pondok Kecil”

  1. Assalammualaikum… PK,

    wahh rajin dan banyak komen kat sini… terbaik diaorang nie tak dapat mselim3 nak memintasnya… tahniah kepada yang tersenarai top komentor kat sini… anda semua adalah sahabat yang sentiasa menyokong sahabat yang lain… kekalkan perhubungan baik ini… Amin.

    mselim3

    1. Yup..mereka semua memang supporting orangnya..untung ada sahabat macam mereka..dan yang tak tersenarai, bukan tak beruntung..korang semua sangat beruntung sebab kenal Pondok Kecil..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *